Monday, September 19, 2011

Menunggu hari2 dgn penuh debaran..

Salam,

Bersawang jadinya blog ni tanpa cerita dan cinta.. chewahhh..
Erm.. nak start kat mana ye.. Lama sgt tak menulis.. 
2-3 hari lepas sibuk mencari2 nama utk bby ke-2 ni.. Sampai terbelit2 lidah nak pronounce.. adoi.. Esok genap 6 hari je lg ngan due date aku iaitu pd 25 Sept 2011. Kalau ikut perkiraan lepas.. (Zara lahir 6 hari awal) 19 Sept ni da patut brsalin.. mmg slalu rasa Braxton Hicks sampai rasa nk g hospital la tp tahan2 dlm 30 min sakitnya da ilang.. Antara nama2 pilihan hati..

AYRA ZARA AZRUL IZWAN
ARYAN ZAYAN AZRUL IZWAN
aryan (utmost strength) zayan (bright)

AYRA ZARA AZRUL IZWAN
ARZY ZIYA AZRUL IZWAN
arzy (masih mncari maknanya) ziya (light)

AYRA ZARA AZRUL IZWAN
AYRIL ZARYF AZRUL IZWAN
ariel (lion of god) zarif (elegent, witty, polite, ingenious, good tempered)

AYRA ZARA 
AYZEA ZAYAN (the wind)
AZRAF ZAYAN (more elegant, more graceful, more humor)
AZHAF ZAYAN (courageous, elite)
AZFAR ZAYAN (most victorious, winner)

AYRA ZARA
AARYZ ZAYAN (respectable man)

AYRA ZARA
ARZAN ZAYAN (worth)

AYRA ZARA
ARZHAN ZAYYAN (a kind of mountain almond)

AYRA ZARA
ARAYZ ZAYAN (national leader)
ARAYSH ZAYYAN (shadower, overshadower)

AYRA ZARA
AYJAZ ZAYAN (blessing)

AYRA ZARA
AYQAZ ZAYAN (awake, watchful, vigilant)
AYMAN ZAYAN (lucky)

Arghhh.. pening2.. pk kemudian.. layan gambar bby plak.. 3D/4D scan ni di buat di Vision College, Kelana Jaya
ok la harga dia tak mahal sgt mcm kat tmpat lain.. Here da output..







Haa.. ni gender dia.. sori bby ek.. mama pratonton gambar scan ehem2 adik ni.. :P
Haa.. kat bawah ni plak gambar live scan dr 4D image


Image 4D scan ni malu skit.. adik, skali lg mama mintak izin, kawan2 mama nak tgk macam mana scan ni dibuat.. 


Fuhh.. da kul 4 pagi.. knapa tetiba rasa esok plak nk deliver ek.. kuat rasa hati ni.. Td baru settle sumer benda yg ttangguh kecuali jahit sarung bantal n tilam baby.. Ermm.. hopefully esok dpt siapkan benda2 yg ttangguh sebelum masuk labour room.. Wish me luck..

Salam. Nite!!






Thursday, July 7, 2011

HAPPY 4th ANNIVERSARY SAYANG..

Happy 4th Anniversary buat suamiku..

Erm.. apa ye nak bg sempena ulangtahun pkahwinan yg ke-4 ni? Sebenarnya aku tak suka no 4 ni.. tp bila di congak2.. Ulangtahun kali ni la kami menjadi 4.. Apa yang aku maksudkan ialah.. kami bakal menimang cahaya mata lagi.. dan ianya LELAKI.. :) syukur

Rasanya nak bg I-pad la since aku mmg nk kan I-pad dr dulu lg.. tp kna bli I-pad 2 la.. kaler puteh 32g.. mesti best (ini mcm aku yg nak, bkn nak bg present kat laki ni)

Usha punya usha I-pad2 ni boleh engrave kat blakang..

HAPPY 4th ANNIVERSARY
AZRUL + AZURA = ZARA & ZAYYAN

Rasa mcm skejap je 4thn perkahwinan ni.. rasa mcm smalam je baru kawen.. hehe.. Lagu kat bawah ni, mama tujukan khas buat papa tersayang.. bila je dgr lagu ni.. mesti nak nangis.. :(



Do you hear me? I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair

Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning 'round
You hold me right here, right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooh ooh ooh
Ooh ooh ooh, ooh


Semoga perkahwinan kita kekal abadi sehingga akhir hayat!! Muahhhhh

Thursday, February 17, 2011

Saya Mahu iPad Dari Blog MySuperKids

Salam.. oh sungguh lama skali daku mnuggu apakah syarat2 nk dpt iPad ini.. tp skarang ni waktu mengepamku wahai mommy Lyna.. takpela.. i-pad nya pasal postpone to lunch break la gamaknya
Saya ni seorang ibu yg sudah 1 thn 7 bulan memberi susu ibu sepenuhnya utk bayi tersayang.. dalam mencapai cita2 ke arah 2 thn full bf, saya lihat zara semakin hari semakin nakal. Tentu ada benda yg nak di buatnya.. pendek kata dia perlu ada sesuatu utk menarik perhatiannya, sesuatu yg baik utk perkembangan otak, sesuatu yang boleh meransang minda kecilnya..
Nak tahu apa.. tentu la iPad.. ini la satu2nya benda yg saya inginkan utk puteriku ayra zara. Saya lihat dia sudah terlalu muak nak melihat video barney, elmo atau apa saja yang di ulang berkali2, berhari2. Ini sajalah peluang utk zara membina kreativiti, menjana minda dgn flash card yg ada di iPad. Saya begitu butuh masa.. masa utk mgajar zara mnggunakan flash card cara tradisional.. Saya perlu byk masa utk sort susu zara, sediakan cloth diapers saya.. dan apa saja yg berkaitan dgn 'natural parenting'. Saya tahu, tentu tidak adil membiarkan anak kecil brmain iPad berseorangan tp mungkin dgn gadjet canggih yg dicipta ini.. At least kenakalan zara dpt di alihkan kepada benda2 yg berunsur pelajaran..
Tentu mommy Lyna faham kerana mommy Lyna juga seorang ibu.. oh waktu pam saya sudah semakin jauh.. saya akhiri dgn jutaan terima kasih krn sudi memberi pluang yang tidak pernah di beri dimana2 blog sebelum ini.. tengkiyu mommy Lyna.. :)
Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack


Monday, October 11, 2010

9 Panduan Penyusuan Untuk Ibu Berkerjaya

Kejayaan penyusuan eksklusif tanpa makanan pelengkap, susu formula dan air kosong selama 6 bulan oleh para ibu berkerjaya banyak bergantung untuk ibu berkerjaya kepada beberapa faktor sampingan. INTAN JASTINA JAMALUDDIN menyenaraikan faktor-faktor itu atas bantuan kaunselor laktasi, Aishah Mariam.


1. Timba ilmu sepanjang masa
Sebaik-baiknya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudah pun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya.

Dalam masa yang sama, anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah.

Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.

Sekiranya anda mengalami apa-apa masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua kemusykilan yang dihadapi daripada kaunselor dan pakar laktasi yang diiktiraf. Anda boleh merujuk kepada rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu.


2. Mulakan dengan betul
Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yang diperoleh. Untuk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting untuk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa dan pada masa yang dapat memastikan bayi melekap dengan betul.


Ingatlah, bahawa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepada kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukannya pada masa-masa yang diingini si manja.

Sementara itu, anda diingatkan juga agar tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yang meragam. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan dia mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dengan penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di sampingnya sepanjang tempoh bekerja.


3. Simpan stok susu
Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.


Dalam pada itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa dan/ atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payu dara yang bersesuaian.


4. Peralatan penyusuan berkaitan
Anda tidak perlu membazirkan wang yang ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yang lebih penting.


Jika keliru tentang peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi masing-masing. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja.


5. Bincang dengan majikan
Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bagi mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak.


Pada masa yang sama, anda boleh mengutarakan pandangan kepada majikan untuk menyediakan ruangan khas bagi membolehkan anda dan rakan-rakan lain yang turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah pasti anda dan yang lain boleh melakukan rutin harian itu dengan tenang yang secara tidak langsung membantu pengeluaran susu yang lancar dan berkesan.


6. Perah susu di pejabat
Anda amat digalakkan untuk memahirkan diri mengamalkan teknik Marmet ketika memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yang bersesuaian dengan corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi banyak masalah.


Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan untuk memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bagi yang perlu bekerja untuk tempoh masa yang lebih lama daripada itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.


7. Kurangkan tekanan
Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dengan melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang lagi jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.


Antara lain, anda juga boleh menutup lampu ketika melakukan rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yang lebih banyak daripada biasa.


8. Makan secara sihat
Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah menjaga dengan teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Anda digalakkan untuk makan di antara waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar dan sebagainya.



9. Ikut keperluan bayi
Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jangan khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih banyak masa untuk menyusukan bayi secara eksklusif.


Di rumah, gunakan masa yang ada semaksimum boleh dengan lebih kerap menyusukan bayi secara langsung, ia berupaya merangsang penghasilan susu. Jika keadaan memaksa di mana susu anda masih tidak mencukupi, anda boleh memerah payu dara ketika berada di rumah.

Sunday, September 26, 2010

KENAPA KITA SAKIT

Adakah oksigen itu bagus? Jawapannya ialah ya. Oksigen amat diperlukan oleh badan kita. Molekul oksigen agak stabil apabila berada di atmosfera, tetapi apabila terlalu banyak oksigen diserap ke dalam badan kita, oksigen tersebut menjadi semakin aktif dan tidak stabil, dan ia menunjukkan sifat-sifat yang mudah untuk melekatkan diri terhadap sel-sel sihat. Oksigen ini lebih dikenali sebagai radikal bebas. Sifat-sifat radikal bebas ini adalah mempunyai ketidakseimbangan elektron. Lebih kurang 2% oksigen yang disedut menjadi oksigen aktif, sewaktu bersenam, jumlah tersebut meningkat menjadi 20%. Radikal bebas ini akan menghasilkan kesan oksidasi yang begitu tinggi. Ini bermakna radikal bebas ini mampu mencuri elektron-elektron daripada sel yang sihat

BAGAIMANA UNTUK KITA MENGHINDARI PENYAKIT
Sewaktu proses penghazaman, bakteria-bakteria bertindak balas dengan protin, asid amino, ikan dan daging akan menghasilkan bahan tersebut ;-

• Hidrogen sulfida
• Ammonia
• Histamin
• Indoles
• Phenoles
• Scatoles

Dengan terhasilnya bahan-bahan tersebut ia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan di dalam usus. Bahan-bahan ini juga akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti contoh Hidrogen sulfida dan ammonia yang akan merosakkan hati. Histamin pula akan menggalakkan berlakunya kesan alahan seperti asma dan sebagainya.

Lantaran itu, badan akan mengeluarkan sejenis bahan yang dikenali sebagai neutrophil leukocytes dimana ia akan membebaskan oksigen aktif bagi menangani toksik tersebut lalu mengelakkan berlakunya kerosakan terhadap organ-organ yang berkaitan.

Tetapi apabila terlalu banyak oksigen aktif ini dibebaskan, disamping ia meneutralkan toksik itu tadi, ia juga akan merosakkan sel-sel yang sihat. Melalui proses pengoksidaan berlebihan. Oleh itu, sebagai jalan penyelesaiannya adalah dengan mengambil bahan yang berantioksidan bagi menghalang berlakunya proses oksidasi yang disebabkan oksigen aktif itu tadi

Salah satu cara untuk melindungi tisu sihat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas adalah dengan cara membekalkan elektron bebas kepada radikal bebas, dengan menyeimbangkan jumlah elektron pada radikal bebas tersebut, maka ia dapat menghalang dari radikal bebas untuk menganggu sel-sel tisu yang sihat.
Dalam kajian, makanan seharian kita ada yang menghalang kita daripada dihinggapi kanser dan ada sebahagiannya menyumbangkannya. Kebanyakkan tisu-tisu yang rosak disebabkan oleh bahan yang dikenali sebagai karsinogen yang terdapat didalam makanan terhasil dari hasil tindak balas oksidasi didalam sel. Oleh itu para pengkaji telah menemui satu bahan yang dapat menghalang berlakunya oksidasi ini, bahan tersebut lebih dikenali sebagai antioksidan. Dengan pengambilan bahan antioksidan ini secara semulajadi seperti air alkali yang berantioksidan akan menjadi benteng utama dalam menghalang berlakunya kanser.
ANTI OKSIDAN
Anti oksidan adalah satu satunya bahan kimia yang dapat menangani masalah radikal bebas. Antioksidan ini bertindak sebagai penghalang kepada proses oksidasi yang merupakan sumber terhasilnya radikal bebas. Antara sumber anti oksidan adalah dalam bentuk nutrient, iaitu vitamin c (asid askobik),vitamin E(tocopherol, Vitamin A(beta carotin), selenium dan terdapat juga anti oksida yang dalam bentuk enzim catalase, superoxide dismutase dan sebagainya. Tetapi penemuan terbaru menunjukkan air alkali mempunyai kandungan anti oksida yang tinggi tanpa perlu melalui proses pencernaan seperti antioksida dalam bentuk nutrient.
PERANAN ANTI OKSIDAN
Sehubungan dengan itu, apabila terdapat terlalu banyak radikal bebas dihasilkan didalam badan, mereka menjadi semakin aktif dan melekatkan diri kepada sel-sel yang sihat, hasilnya sel-sel yang sihat akan musnah secara genetiknya. Ia juga berupaya untuk mengoksidasikan tisu lalu akan menyebabkan berlakunya pelbagai jenis penyakit.
PENEMUAN HEBAT
Kajian mengenai air alkali telah bermula dari tahun 1950 di jepun. Kajian menunjukkan minum air yang tinggi pH mampu meneutralkan asid yang terkumpul di dalam badan. Di Jepun iaitu di bawah kementerian kesihatan telah menjalankan usaha untuk menghasilkan air beralkali tinggi dan air alkali yang pertama dihasilkan adalah pada tahun 1966.
Suatu lagi penemuan iaitu, di Kaiser Institute Berlin pada tahun 1926 Dr. Otto Warberg menerima penganugerahan Nobel Prizes dalam kajian beliau dalam penemuan punca kanser. Dalam kajian beliau punca kanser adalah sel yang kehilangan elektron akibat diserang oleh radikal bebas iaitu oksigen yang tidak stabil dan kandungan asid yang terlalu banyak di dalam badan. Kajian beliau telah diteruskan oleh pakar saintis di seluruh dunia dan walaupun sehingga ke hari ini punca kanser masih belum diketehaui tetapi kajian yang sahih dan telah didokumenkan adalah tiada gejala penyakit yang timbul apabila kawasan sel kita dalam keadaan beralkali. Ini bukan suatu yang ajaib kerana orang yang sihat badan mereka adalah dalam keadaan beralkali.

AIR ALKALI
Air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH. 
KENAPA AIR ALKALI
Air alkali adalah berbeza dengan air yang biasa kita minum dimana air alkali mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip. Keadaan ini menyebabkan air alkali mampu menyerap masuk ke dalam sel 3 kali ganda lebih cepat berbanding air paip. Struktur molekul yang lebih kecil mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif.

Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calcium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus ke dalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa perlu mengalami proses metabolisma, tidak seperti pil vitamin C, vitamin E dan sebagainya. 

Air alkali juga meneutralkan asid dalam badan dan menyeimbangkan pH badan iaitu (6.9 – 7.2). Badan kita memerlukan nisbah keadaan asid : alkali yang seimbang iaitu pada nisbah 4 : 1 ( 4 bahagian alkali dan 1 bahagian asid ) atau 80% alkali dan 20% asid. Makanan yang kita makan boleh terdiri dari asid atau alkali, dan makanan ini apabila di akhir proses penghazaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product). Hampas ini boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang terdapat dalam makanan.
Apabila badan kita melalui proses metabolisma, makanan tadi akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebahagiannya akan disimpan menjadi asid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat biasanya dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ. Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan menggangu pH darah kita dan keadaan ini dinamakan acidosis.

Asidosis kemudiannya menggangu perjalanan sistem kelejar dan fungsi organ. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit.

Asidosis akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti arthritis, darah tinggi, sakit kulit, dan penuaan. Ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang beralkali iaitu dengan nisbah alkali – asid 4:1 dan pengambilan air yang banyak.

Makanan Beralkali Baik untuk Badan

oleh Ezairy M. Sallih
 
Rate This
MENGIKUT pengamal perubatan alternatif, untuk sihat kita perlu mengambil makanan dalam pecahan 80 peratus makanan beralkali dan 20 peratus makanan berasid untuk mengekalkan kesihatan serta meningkatkan daya ketahanan badan.
Namun yang berlaku kini adalah sebaliknya, iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.
Selain makanan, ramai menyarankan kita minum air beralkali yang dikatakan antara cara mudah dan pantas untuk mengekalkan paras kealkalian badan. Darah manusia mempunyai pH sedikit beralkali iaitu antara 7.35 hingga 7.45 dan ini sebabnya kita digalak melebihkan pengambilan makanan atau minuman beralkali supaya fungsi darah tidak terjejas.
Menurut perunding pemakanan, Lim Ju Dee, gaya hidup moden yang mewah dengan pelbagai makanan beralkali, kurang bersenam dan banyak mengalami tekanan menyumbang kepada masalah asidosis iaitu badan menjadi berasid.
Makanan berasaskan haiwan dan minuman seperti kopi, teh (kecuali teh hijau), kola dan berkarbonat boleh menghasilkan lebih banyak asid dalam badan.
 Asidosis ialah keadaan di mana pH badan menjadi berasid yang boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
  • Tekanan (emosi, kerja, pelajaran, kewangan dan sosial)

  • Pencemaran

  • Gaya hidup tidak aktif

  • Pemakanan, terutama jika banyak mengambil makanan berasaskan haiwan, kopi, teh, minuman berkarbonat Kajian Universiti California di San Francisco ke atas 9,000 wanita mendapati, mereka yang ada masalah asidosis teruk berisiko tinggi untuk mengalami kehilangan tulang berbanding wanita yang mempunyai paras pH normal.Penyelidik percaya banyak kes keretakan tulang pinggul yang berlaku pada wanita ada kaitan dengan masalah badan terlalu berasid yang berpunca daripada pemakanan kaya sumber haiwan (daging, ikan, telur, susu dan produk tenusu) serta kurang pengambilan sayur-sayuran.Katanya, apabila berasid, badan bertindak balas untuk mengurangkan keasidan melalui tiga laluan iaitu:

  • Buah pinggang — air kencing. Lebih banyak kita minum air (sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu setengah liter sehari) lebih baik kerana ia menyingkir bahan buangan yang boleh menjadikan darah berasid.  

  • Tulang — kehilangan kalsium. Jika tiada usaha mengurangkan paras keasidan dalam badan, badan mengambil kalsium daripada tulang untuk mengembalikan kealkalian darah ke paras normal.

  • Pernafasan — Apabila bernafas, kita mengeluarkan karbon dioksida daripada badan. Pengeluaran karbon dioksida menjadi lebih cepat dan teratur melalui senaman dan teknik pernafasan betul. Senaman yang mementingkan teknik pernafasan seperti yoga, tai chi dan qi gong sangat baik untuk diamalkan kerana ia juga menenangkan fikiran.
    “Bahagian berasid dalam badan kita ialah di perut. Perut menghasilkan asid hidroklorik yang mempunyai pH 3 untuk mencernakan makanan. Makanan yang dicerna kemudian dipindahkan ke usus kecil yang bersifat alkali. Ini sebabnya kita perlu mengambil lebih banyak makanan beralkali kerana makanan berasid boleh menjejaskan pencernaan,” katanya ketika pelancaran alat untuk memberi ion alkali pada air, iOsis MedKlinn.

  • Ion alkali yang terkandung dalam air minuman boleh memasuki sel untuk ‘membersihkan’ bahan berasid untuk menghalang keadaan asidosis berlaku. Minum air beralkali secara tetap mempunyai tiga manfaat iaitu:

  • Membantu mengurangkan berat badan (dengan melancarkan proses pencernaan)

  • Memperlahankan proses penuaan (dengan mencegah penyakit kerana penyakit antara faktor yang mempercepatkan penuaan badan)

  • Membantu mencegah penyakit kemerosotan organ seperti kencing manis “Konsep air alkali untuk penjagaan kesihatan bukan baru. Ia dipelopori penyelidik Jepun dari Universiti Shiga yang mendapati pH optimum untuk air minuman (untuk penjagaan kesihatan) ialah antara pH 8 hingga pH 9.5. Atas penemuan ini kerajaan Jepun membekalkan air paip beralkali kepada penduduknya sejak lebih 50 tahun lalu.
     Ia juga baik untuk wanita hamil kerana ketika mengandung, badan ibu kehilangan mineral alkali untuk disalurkan ke dalam uri bagi memastikan air ketuban sentiasa dalam keadaan beralkali kerana janin menghasilkan najis yang menyebabkan air ketuban berasid.
    “Keadaan ini berterusan selama sembilan bulan dan jika tiada langkah diambil, iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat, kesihatan ibu terjejas. Tahap keasidan tinggi dalam badan ibu menyebabkan mereka muntah atau mengalami mabuk hamil,” katanya.
    Selain air, ada cara lain boleh diamalkan untuk menjaga tahap kealkalian badan iaitu mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan segar serta mengurangkan makanan berlemak dan berkalori tinggi, terutama yang bergoreng. Jumlah disarankan ialah lima hidangan sayur dan buah sehari dengan memberi tumpuan terhadap sayur-sayuran berdaun hijau.
    Ini kerana sayur-sayuran hijau mengandungi enzim, mineral, antioksidan dan bersifat alkali. Enzim dalam tumbuh-tumbuhan penting untuk mencegah kanser dengan merangsang dan membantu sel darah putih memusnahkan sel tidak normal ini.
    Secara umumnya individu mengambil banyak makanan bersifat asid lebih mudah jatuh sakit berbanding individu melebihkan makanan beralkali kerana makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah pembekal tunggal semula jadi vitamin dan mineral diperlukan badan.
    Pada masa sama kurangkan pengambilan minuman seperti kola, soda, minuman berkarbonat dan sukan, teh, kopi dan alkohol yang semuanya bersifat berasid. Segelas kola yang mempunyai pH 2.5 memerlukan 32 gelas air untuk menjadikannya neutral.

  • Penulis : Sahabat Insaf

    Lepas membaca di berita harian , klik sini, baru tahu mungkin ada kebenarannya hal ini. Makanan beralkali boleh mempengaruhi sistem imun kita dan boleh InsyaAllah mengurangkan risiko terkena jangkitan H1N1. Kenyataan Dr. VM Palaniappan Universiti Malaya tentang terapi makanan beralkali sedikit sebanyak membuka minda tentang apa yang telah kita konsumsi selama ini mungkin salah!

    Terapi makanan beralkali ini sudah popular sejak beberapa tahun yang lepas di eropah dan negara-negara maju dan terbukti memberikan kesan yang sangat positif. Sila rujuk kenyataan Dr. Robert O. Young, seorang saintis yang meneroka keajaiban tubuh terhadap kadar pH : 

    'Your health depends on an alkaline environment, created by eating foods such as tomatoes, avocados and green vegetables...striking the optimum 80/20 balance and regulating your body's acid/alkaline chemistry through simple changes in diet can result in weight loss, increased stamina and strength,a stronger immune system and a greater sense of wellbeing.'

    Dengan kata lain, badan yang seimbang memerlukan 80% alkali dan 20% asid untuk kekal sihat. Tetapi kebanyakkan kita terbalik, mengambil terlalu banyak makanan yang membantu pembentukan berasid (Acid forming food) seperti gula, lemak tepu, nasi, gandum ais krim, cendol, daging, kopi, ubatan kimia, jeruk dan roti putih.

    Bukan tak boleh makan nasi, cuma kuncinya adalah keseimbangan. Kalau makan nasi banyak bererti badan kita semakin berasid maka kita perlulah menyeimbangkan dengan makanan-makanan beralkali pula seperti sayuran segar, ulam (paling bagus yang pahit), buah-buahan tropika, spirulina dan barli. Bagus juga minum green tea atau misai kucing. Buah buahan seperti oren, limau nipis, anggur walaupun berasid tetapi mengandungi asid sitrik yang menggalakkan kesan pengalkalian pada tubuh maka bagus untuk dimakan.

    Orang dulu-dulu tak tahu pun tentang pH alkali asid ni. Tetapi mereka mempunyai petua-petua yang ternyata berkesan untuk hidup sihat berdasarkan pengamatan mereka terhadap tindak balas tubuh. Contohnya banyak memakan ulam-ulaman dicicah dengan sambal, minum herba, kurang makan daging dan banyak lagi. Pernah dengar petua kalau sakit perut memulas, minum teh pekat yang kelat lagi pahit untuk menghilangkan sakit perut? Kelat tu tandanya beralkali, memulas perut tu tandanya banyak asid dalam perut.. Haha, orang dulu-dulu tak payah belajar tinggi-tinggi pun tahu.

    Kesimpulannnya, badan kita memerlukan kesimbangan 80/20 ni untuk kekal berfungsi dengan baik. Bila berfungsi dengan baik insyaAllah bolehlah menendang keluar virus H1N1 jika dia gatai nak singgah. Ingat badan kita tak boleh nak menghasilkan alkali dengan efektif jadi kita kena 'top up' makanan beralkali tapi sangat bagus untuk menghasilkan asid maka kita kena 'push down' makanan berasid. Kuncinya tingkatkan semaksimum mungkin makanan beralkali!

    Disertakan senarai makanan beralkali dan berasid untuk panduan: Sumber : klik


    ALKALINE / ACIDIC FOOD CHARTS
    The charts below are provided for those trying to "adjust" their body pH through their diet. The pH scale is from 0 to 14, with numbers below 7 acidic (low on oxygen) and numbers above 7 alkaline. These charts are intended only as a general guide to alkalizing and acidifying foods. Note that there may be some discrepancies between foods included on these charts.*


    ALKALIZING FOODS

    ACIDIFYING FOODS
    ALKALIZING VEGETABLES
    Alfalfa
    Barley Grass
    Beets
    Beet Greens
    Broccoli
    Cabbage
    Carrot
    Cauliflower
    Celery
    Chard Greens
    Chlorella
    Collard Greens
    Cucumber
    Dandelions
    Dulce
    Edible Flowers
    Eggplant
    Fermented Veggies
    Garlic
    Green Beans
    Green Peas
    Kale
    Kohlrabi
    Lettuce
    Mushrooms
    Mustard Greens
    Nightshade Veggies
    Onions
    Parsnips (high glycemic)
    Peas
    Peppers
    Pumpkin
    Radishes
    Rutabaga
    Sea Veggies
    Spinach, green
    Spirulina
    Sprouts
    Sweet Potatoes
    Tomatoes
    Watercress
    Wheat Grass
    Wild Greens
    ALKALIZING ORIENTAL VEGETABLES
    Maitake
    Daikon
    Dandelion Root
    Shitake
    Kombu
    Reishi
    Nori
    Umeboshi
    Wakame
    ALKALIZING FRUITS
    Apple
    Apricot
    Avocado
    Banana (high glycemic)
    Berries
    Blackberries
    Cantaloupe
    Cherries, sour
    Coconut, fresh
    Currants
    Dates, dried
    Figs, dried
    Grapes
    Grapefruit*
    Honeydew Melon
    Lemon*
    Lime*
    Muskmelons
    Nectarine*
    Orange*
    Peach
    Pear
    Pineapple
    Raisins
    Raspberries
    Rhubarb
    Strawberries
    Tangerine*
    Tomato
    Tropical Fruits
    Umeboshi Plums
    Watermelon

    *Although it might seem that citrus fruits would have an acidifying effect on the body, the citric acid they contain actually has an alkalinizing effect in the system.
    ALKALIZING PROTEIN
    Almonds
    Chestnuts
    Hemp Protein
    Millet
    Tempeh (fermented)
    Tofu (fermented)
    ALKALIZING SWEETENERS
    Stevia
    ALKALIZING SPICES & SEASONINGS
    Cinnamon
    Curry
    Ginger
    Mustard
    Chili Pepper
    Sea Salt
    Miso
    Tamari
    All Herbs
    ALKALIZING OTHER
    Apple Cider Vinegar
    Bee Pollen
    Lecithin Granules
    Molasses, blackstrap
    Probiotic Cultures
    Soured Dairy Products
    Green Juices
    Veggie Juices
    Fresh Fruit Juice
    Mineral Water
    Alkaline Antioxidant Water
    ALKALIZING MINERALS
    Cesium: pH 14
    Potassium: pH 14
    Sodium: pH 14
    Calcium: pH 12
    Magnesium: pH 9

    ACIDIFYING VEGETABLES
    Corn
    Lentils
    Olives
    Winter Squash
    ACIDIFYING FRUITS
    Blueberries
    Canned or Glazed Fruits
    Cranberries
    Currants
    Plums**
    Prunes**
    ACIDIFYING GRAINS, GRAIN PRODUCTS
    Amaranth
    Barley
    Bran, wheat
    Bran, oat
    Corn
    Cornstarch
    Hemp Seed Flour
    Kamut
    Oats (rolled)
    Oatmeal
    Quinoa
    Rice (all)
    Rice Cakes
    Rye
    Spelt
    Wheat
    Wheat Germ
    Noodles
    Macaroni
    Spaghetti
    Bread
    Crackers, soda
    Flour, white
    Flour, wheat
    ACIDIFYING BEANS & LEGUMES
    Black Beans
    Chick Peas
    Green Peas
    Kidney Beans
    Lentils
    Pinto Beans
    Red Beans
    Soy Beans
    Soy Milk
    White Beans
    Rice Milk
    Almond Milk
    ACIDIFYING DAIRY
    Butter
    Cheese

    Cheese, Processed
    Ice Cream
    Ice Milk
    ACIDIFYING NUTS & BUTTERS
    Cashews
    Legumes
    Peanuts
    Peanut Butter
    Pecans
    Tahini
    Walnuts
    ACIDIFYING ANIMAL PROTEIN
    Bacon
    Beef
    Carp
    Clams
    Cod
    Corned Beef
    Fish
    Haddock
    Lamb
    Lobster
    Mussels
    Organ Meats
    Oyster
    Pike
    Pork
    Rabbit
    Salmon
    Sardines
    Sausage
    Scallops
    Shrimp
    Scallops
    Shellfish
    Tuna
    Turkey
    Veal
    Venison
    ACIDIFYING FATS & OILS
    Avacado Oil
    Butter
    Canola Oil
    Corn Oil
    Hemp Seed Oil
    Flax Oil
    Lard
    Olive Oil
    Safflower Oil
    Sesame Oil
    Sunflower Oil
    ACIDIFYING SWEETENERS
    Carob
    Sugar
    Corn Syrup
    ACIDIFYING ALCOHOL
    Beer
    Spirits
    Hard Liquor
    Wine
    ACIDIFYING OTHER FOODS
    Catsup
    Cocoa
    Coffee
    Vinegar
    Mustard
    Pepper
    Soft Drinks
    ACIDIFYING DRUGS & CHEMICALS
    Aspirin
    Chemicals
    Drugs, Medicinal
    Drugs, Psychedelic
    Pesticides
    Herbicides
    Tobacco
    ACIDIFYING
    JUNK FOOD
    Coca-Cola: pH 2
    Beer: pH 2.5
    Coffee: pH 4


    ** These foods leave an alkaline ash but have an acidifying effect on the body.



    UNKNOWN FOODS
    There are several versions of the Acidic and Alkaline Food chart to be found in different books and on the Internet. The following foods are sometimes attributed to the Acidic side of the chart and sometimes to the Alkaline side. Remember, you don't need to adhere strictly to the Alkaline side of the chart, just make sure a good percentage of the foods you eat come from that side.*
    Asparagus
    Brazil Nuts
    Brussel Sprouts
    Buckwheat
    Chicken
    Corn
    Cottage Cheese
    Eggs
    Flax Seeds
    Green Tea
    Herbal Tea
    Honey
    Kombucha
    Lima Beans

    Maple Syrup
    Milk
    Nuts
    Organic Milk
    (unpasteurized)
    Potatoes, white
    Pumpkin Seeds
    Sauerkraut
    Soy Products
    Sprouted Seeds
    Squashes
    Sunflower Seeds
    Yogurt