Sunday, February 21, 2010

BoNDa's 1st Giveaway - Contest: Anugerah Terindah

http://aidiena.blogspot.com/2010/01/bondas-1st-giveaway-contest-anugerah.htmlPada anda yang berminat nak join contest ini sila baca Terms & Conditions seperti yang disenaraikan di bawah:


1. Terbuka pada sumer warganegara Malaysia yg tinggal di Malaysia juga (kalau jauh mati aku nak bayaq setem post adiah pulak..) yg ada blog sendiri... setinggan blog owg tak bley arrr... (bukan susah pon bukak blog kan..kan...hehehe) YEAYEAY.. SAYA LAYAK


2. Anda LeLaKi atau PeReMPuAn..BoNDa tak kisah... tapi contestant mesti lar org yg dah punya anak... (sorry.. setakat nie buat yg dah jadik mak pak dulu lar eak.. buat yg single mingle nanti² biler angin nak bayaq zakat dtg lagi... korang bleh lar join.. okehhh! ;) YEAYEAY.. SAYA PUNYA ANAK PEREMPUAN


3. Anda dikehendaki membuat satu entry di blog masing² bertajuk "BoNDa's 1st Giveaway - Contest: Anugerah Terindah" menceritakan pengalaman dan perasaan anda menyambut cahaya mata pertama dlm erti kata lain... pengalaman ketika nak melahirkan anak.... ceritakan sumer detik² yg dilalui se-ReAL yg mungkin... (tolong jgn ciplak citer org lain atau mereka cerita yg tidak sebenarnya anda lalui) bagi yg lelaki laks pengalaman menyambut dan menyaksikan sendiri isteri anda melahirkan... boleh?? YEA.. SAYA SUDAH BUAT KARANGANNYA


4. Anda juga dikehendaki menepek sekeping gambar anda bersama anak yg anda ceritakan kelahirannya itu... gambar newborn lagi baik..yg kat spital tu... (kat umah pon boleh.. asal ada.. ok) YEA.. SAYA SUDAH TEPEK GAMBO ZARA YG BERWAYER TU


5. Bukan Follower??! Ikhssss.. naper tak follow?? Anda boleh join.. BoNDa tak kisah pon anda follow tak follow.. terpulang.... tiada istilah paksaan di sinie... ;) UDAH JADIK FOLLOWER


6. Tepek banner yang dah susah payah aku buat tue di atas dlm entry dan side bar anda... SUDAH TEPEK BANNER NYA


7. Link back Entry anda dan Side Bar Banner ke Entry contest ini.. (no linked back secara otomatik penyertaan anda ditolak..) SUDAH LINK BACK ENTRY NYA

8. Tinggalkan link entry yg dah siap dlm comment box entry ini juga... BoNDa tak der maser nak godek entry lain yg tak der kena mengena.. jgn salahkan BoNDa kalau entry korang terlepas pandang okehhh... UDAH DI TINGGALKAN COMMENT


KISAH KELAHIRAN AYRA ZARA jantung hatiku..

Saya anak sulung dan mengandung cucu sulung sebelah keluarga saya dan keluarga suami. Perasaan gembira yang tak dapat digambarkan oleh seluruh keluarga kami. Saya di hantar ke kampung 20 hari lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin supaya ibu dapat menjaga saya kerana saya tidak mempunyai ibu mertua. Suami pula sedang sibuk dengan pengajian pasca ijazahnya.

Dari 1 Julai 2009 saya menanti dengan sabarnya, akhirnya pada 5 Julai terdapat titisan darah dan saya segera dibawa ke hospital, rupa-rupanya false labour. Saya dibenarkan keluar keesokan harinya. Suami pulang ke kampung pada 9 Julai dan saya sunguh gembira, makan minum dengan banyaknya. Pada 11 pagi, 11 Julai 2009, dalam tidur saya terasa air suam seperti air kencing keluar. Cepat-cepat saya bangun dan mandi. Saya rasa tidak sedap hati dan terpaksa memberitahu suami dan ibu tentang itu. Mereka semua terkejut dan ibu cepat-cepat memasak, kami makan tengah hari dahulu sebelum ke hospital. Jam 1 tgh hari aku di periksa, bukaan 1cm. Aku diberi antibiotik ditangan untuk menghindar kuman masuk di saluran air ketuban yang pecah tadi. Setiap 6 jam aku disuntik antibiotik, dalam pada itu, CGT dilakukan untuk mengimbas nadi bayi dan aku diberikan ubat cetusan untuk mempercepatkan bukaan servik. Sampai dos ketiga pun, bukaan servik masih 1cm.

Aku ingat lagi tanggal 13 Julai 2009, jam 12.30 tgh hari, ketika doktor melakukan VE keatasku, air ketuban ku pecah secara tidak sengaja. Aku begitu terkejut dan agak kecewa kerana ketubanku pecah bukan di tempat yang sepatutnya. Sebaik saja pecah, bukaan servik sudah 4cm. Aku dibawa dengan kereta sorong ke bilik epidural dengan serta merta. Kebetulan pakcikku seorang pakar bius disitu dan terus bergegas dari rumah untuk membuat epidural. Hatiku lega sebaik sahaja melihat dia dan epidural di lakukan dengan baik sekali. Sejam kemudian, suhuku diperiksa dan rupa-rupanya aku demam. Bacaan CTG diambil dan semua bacaan menunjukkan bayiku 'fetal destress'. Aku dinasihatkan oleh doktor supaya menandatangani surat pembedahan.

Apa? Bedah? NO WAY?? Entah dimana silapnya, aku dengan penuh kekuatan memarahi doktor tadi dan berkata ‘saya tak akan tandatangan kecuali atas persetujuan pakcik saya’. Semua orang beredar dari situ termasuk nurse tadi. Pakcik saya di panggil semula yang kebetulan sudah pulang kerumah untuk ke hospital kembali. Di bilik itu pakcik bertanya kepada kawannya, bolehkah jikalau kita tak melakukan CAESAREAN tetapi mnunggu melahirkan secara normal. Doktor itu mengatakan risiko sangat tinggi kerana ‘fetal destress’ dan dia takut bayi akan lemas. Pakcikku dengan nada yang perlahan memujukku supaya membenarkan doktor melakukan caesarean.

Air mataku sudah tak dapat dibendung lagi, aku menangis semahunya dan meminta maaf kepada suamiku yang tak jemu-jemu memberiku semangat. Pada pakcik dan makcik yang berada disisi, ku limpahkan air mata yang berjujuran seperti mahu pergi mati lagaknya. Ibu dan abah yang baru saja pulang kerumah untuk solat zohor juga ku telefon dan pohon ampun maaf, halalkan segala makan minum. Maklumla pertama kali bersalin, ingatkan caesarean tu berisiko dan boleh membawa maut. Mereka juga menangis semahunya dan aku disorong ke bilik bedah. 15 minit sahaja, aku berjaya melahirkan bayi perempuan bernama Ayra Zara. Sekaliku imbas memori itu, aku tergelak sendirian dengan adegan menangis di bilik epidural. Macam drama TV3 la..

Utk ibu-ibu diluar sana, jangan takut kepada pembedahan ceacerean kerana pembedehan itu sangatlah sekejap dan dengan pembedahan itulah bayi kita yang bermasalah di dalam rahim selamat di lahirkan kedunia. InsyaAllah.

 Zara semasa di nICU - agak kritikal la waktu ni

Berbalik pada cerita td, suntikan epidural telah membuat saya kurang sakit setelah pembedahan td, saya terlantar di katil agak lama dr ibu2 lain yg tiada epidural (mereka terpaksa bangun ke tandas pd mlm hari manakala saya membuang'nya' di saluran tiub. Alhamdulillah.. Ptg tu suami dtg dan bawa breast pump.. Katanya doktor mahukan susu ibu utk di berikan pada Zara.. MasyaAllah, saya yg pertama kali guna pump tu setitik pun tak dapat.. mungkin stress sbb nurse asyik masuk ke tempat saya dan mengarahkan tirai dibuka.. bukan tak mahu buka.. tetapi ramai lelaki lalu lalang utk lihat isterinya juga.. Air mata saya berjujuran, sedih kenapa saya sebagai ibu tidak dapat memberikan air yg berharga itu utk anaknya sendiri. Suami dengan tidak berlengah memindahkan saya ke wad berbayar (tadi wad half gov.)

Di situ saya dimandikan sendiri oleh suami, disuap, dijaga dengan baik. Ayah juga ibu datang dan menemaniku sekali (part ni sgt menyentuh hati sbb mereka tidur diatas lantai). Di pendekkan cerita, sebaik saya dibenarkan pulang, bermula la episod hitam yg meruntun jiwa.. Zara masih di tahan kerana jaundis. Dalam wad nICU la, siang dan mlm saya mlawat zara sambil membawa susu perahan. Allah saja yg tahu perasaan saya tanpa anak disisi. Sampaila sminggu zara disitu, suami mbawa pulang anak kami.. 1 keluarga menyambut dgn hati gembira. Disebabkan saya tiada pengalaman mnjaga anak jaundis (ibu saya pun), saya hanya mberinya minum semasa dia menangis sahaja.. Kebodohan saya tu mnyebabkan zara ke hospital krn bacaan bilirubin yg tinggi. 3 kali zara masuk wad krn jaundis yg tinggi. Genap hari yg ke-50, dgn izin Allah. Zara sihat.. Ibu2 d luar sana, belajarla dari pengalaman saya, susui anakmu 2 jam skali, insyaAllah anakmu akan bebas jaundis. Lihatlah saya sekarang, begitu gembira dgn adanya zara disisi. Menemani saya juga suami sehingga Allah mengambil nyawa mana2 diantara kami.. Saya sebenarnya tidak mahu ingat apa2 pun kesedihan, kedukaan dan sesusahan semasa melahirkan zara sbb saya tahu, sekarang saya amat bahagia membesarkannya.. Sangat sangat bahagia. Melihat bayi yg lahir dari zuriat sendiri, membesar dengan sihat membuatkan hati ibu2 di dalam dunia ni mekar dan berbunga selalu. Mama sayang papa dan zara sangattttt sangatt..
 
Ini la rupa ibu yg berhati bunga tu.. :) Sengeh sampai telinga..
 

2 comments:

  1. Kasih sayang famili yg agak menyentuh hati.. hmmm.. Zura lupa nak letak banner contest dlm entry & link back entry ini ke entry contest.. harap dibetulkan bagi memenuhi syarat ke 6 & 7..

    Nanti saya check semula.

    ReplyDelete
  2. Salam mintak details address utk post hadiah giveaway ASAP!

    ReplyDelete