Zara dikeluarkan dr perut mama mgunakan kaedah LSCS | kerana Fetal distress |
Terdapat beberapa punca menyebabkan bayi lemas dalam kandungan khususnya dalam peringkat kandungan bulan terakhir. Yang paling sering sekali ialah disebabkan uri yang bermasalah iaitu apa yang digelar dengan nama "placenta insufficiency".
Ini perkara yang tidak boleh dielakkan. Apa yang penting ialah untuk mengesan tanda-tanda bayi hendak lemas dan mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum ia lemas dan mati. Jika berlaku kesan-kesan bayi lemas ini, sebaiknya kelahiran dihasilkan secara pembedahan cesarean sebelum cukup bulan, misalnya pada kandungan 38 minggu iaitu dua minggu sebelum tarikh lahir.
Bayi lemas atau 'fetal distress' kadang-kala berlaku dan dikesan ketika sakit bersalin (labour) dengan tanda denyutan jantung bayi menjadi perlahan iaitu jauh lebih rendah dari kadar normal 120 seminit. Jika keadaan ini berlaku pembedahan cesarean perlu dilakukan secara cemas. Ini bertujuan untuk menyelamatkan nyawa bayi.
petikan dari http://www.hamidarshat.com/pakar-sakit-puan-soal-jawab-110/90-punca-bayi-lemas-sewaktu-bersalin.html
No comments:
Post a Comment