Sunday, September 26, 2010
KENAPA KITA SAKIT
Adakah oksigen itu bagus? Jawapannya ialah ya. Oksigen amat diperlukan oleh badan kita. Molekul oksigen agak stabil apabila berada di atmosfera, tetapi apabila terlalu banyak oksigen diserap ke dalam badan kita, oksigen tersebut menjadi semakin aktif dan tidak stabil, dan ia menunjukkan sifat-sifat yang mudah untuk melekatkan diri terhadap sel-sel sihat. Oksigen ini lebih dikenali sebagai radikal bebas. Sifat-sifat radikal bebas ini adalah mempunyai ketidakseimbangan elektron. Lebih kurang 2% oksigen yang disedut menjadi oksigen aktif, sewaktu bersenam, jumlah tersebut meningkat menjadi 20%. Radikal bebas ini akan menghasilkan kesan oksidasi yang begitu tinggi. Ini bermakna radikal bebas ini mampu mencuri elektron-elektron daripada sel yang sihat
BAGAIMANA UNTUK KITA MENGHINDARI PENYAKIT
Sewaktu proses penghazaman, bakteria-bakteria bertindak balas dengan protin, asid amino, ikan dan daging akan menghasilkan bahan tersebut ;-
• Hidrogen sulfida
• Ammonia
• Histamin
• Indoles
• Phenoles
• Scatoles
Dengan terhasilnya bahan-bahan tersebut ia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan di dalam usus. Bahan-bahan ini juga akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti contoh Hidrogen sulfida dan ammonia yang akan merosakkan hati. Histamin pula akan menggalakkan berlakunya kesan alahan seperti asma dan sebagainya.
Lantaran itu, badan akan mengeluarkan sejenis bahan yang dikenali sebagai neutrophil leukocytes dimana ia akan membebaskan oksigen aktif bagi menangani toksik tersebut lalu mengelakkan berlakunya kerosakan terhadap organ-organ yang berkaitan.
Tetapi apabila terlalu banyak oksigen aktif ini dibebaskan, disamping ia meneutralkan toksik itu tadi, ia juga akan merosakkan sel-sel yang sihat. Melalui proses pengoksidaan berlebihan. Oleh itu, sebagai jalan penyelesaiannya adalah dengan mengambil bahan yang berantioksidan bagi menghalang berlakunya proses oksidasi yang disebabkan oksigen aktif itu tadi
Salah satu cara untuk melindungi tisu sihat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas adalah dengan cara membekalkan elektron bebas kepada radikal bebas, dengan menyeimbangkan jumlah elektron pada radikal bebas tersebut, maka ia dapat menghalang dari radikal bebas untuk menganggu sel-sel tisu yang sihat.
Dalam kajian, makanan seharian kita ada yang menghalang kita daripada dihinggapi kanser dan ada sebahagiannya menyumbangkannya. Kebanyakkan tisu-tisu yang rosak disebabkan oleh bahan yang dikenali sebagai karsinogen yang terdapat didalam makanan terhasil dari hasil tindak balas oksidasi didalam sel. Oleh itu para pengkaji telah menemui satu bahan yang dapat menghalang berlakunya oksidasi ini, bahan tersebut lebih dikenali sebagai antioksidan. Dengan pengambilan bahan antioksidan ini secara semulajadi seperti air alkali yang berantioksidan akan menjadi benteng utama dalam menghalang berlakunya kanser.
ANTI OKSIDAN
Anti oksidan adalah satu satunya bahan kimia yang dapat menangani masalah radikal bebas. Antioksidan ini bertindak sebagai penghalang kepada proses oksidasi yang merupakan sumber terhasilnya radikal bebas. Antara sumber anti oksidan adalah dalam bentuk nutrient, iaitu vitamin c (asid askobik),vitamin E(tocopherol, Vitamin A(beta carotin), selenium dan terdapat juga anti oksida yang dalam bentuk enzim catalase, superoxide dismutase dan sebagainya. Tetapi penemuan terbaru menunjukkan air alkali mempunyai kandungan anti oksida yang tinggi tanpa perlu melalui proses pencernaan seperti antioksida dalam bentuk nutrient.
PERANAN ANTI OKSIDAN
Sehubungan dengan itu, apabila terdapat terlalu banyak radikal bebas dihasilkan didalam badan, mereka menjadi semakin aktif dan melekatkan diri kepada sel-sel yang sihat, hasilnya sel-sel yang sihat akan musnah secara genetiknya. Ia juga berupaya untuk mengoksidasikan tisu lalu akan menyebabkan berlakunya pelbagai jenis penyakit.
PENEMUAN HEBAT
Kajian mengenai air alkali telah bermula dari tahun 1950 di jepun. Kajian menunjukkan minum air yang tinggi pH mampu meneutralkan asid yang terkumpul di dalam badan. Di Jepun iaitu di bawah kementerian kesihatan telah menjalankan usaha untuk menghasilkan air beralkali tinggi dan air alkali yang pertama dihasilkan adalah pada tahun 1966.
Suatu lagi penemuan iaitu, di Kaiser Institute Berlin pada tahun 1926 Dr. Otto Warberg menerima penganugerahan Nobel Prizes dalam kajian beliau dalam penemuan punca kanser. Dalam kajian beliau punca kanser adalah sel yang kehilangan elektron akibat diserang oleh radikal bebas iaitu oksigen yang tidak stabil dan kandungan asid yang terlalu banyak di dalam badan. Kajian beliau telah diteruskan oleh pakar saintis di seluruh dunia dan walaupun sehingga ke hari ini punca kanser masih belum diketehaui tetapi kajian yang sahih dan telah didokumenkan adalah tiada gejala penyakit yang timbul apabila kawasan sel kita dalam keadaan beralkali. Ini bukan suatu yang ajaib kerana orang yang sihat badan mereka adalah dalam keadaan beralkali.
AIR ALKALI
Air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH.
KENAPA AIR ALKALI
Air alkali adalah berbeza dengan air yang biasa kita minum dimana air alkali mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip. Keadaan ini menyebabkan air alkali mampu menyerap masuk ke dalam sel 3 kali ganda lebih cepat berbanding air paip. Struktur molekul yang lebih kecil mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif.
Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calcium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus ke dalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa perlu mengalami proses metabolisma, tidak seperti pil vitamin C, vitamin E dan sebagainya.
Air alkali juga meneutralkan asid dalam badan dan menyeimbangkan pH badan iaitu (6.9 – 7.2). Badan kita memerlukan nisbah keadaan asid : alkali yang seimbang iaitu pada nisbah 4 : 1 ( 4 bahagian alkali dan 1 bahagian asid ) atau 80% alkali dan 20% asid. Makanan yang kita makan boleh terdiri dari asid atau alkali, dan makanan ini apabila di akhir proses penghazaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product). Hampas ini boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang terdapat dalam makanan.
Apabila badan kita melalui proses metabolisma, makanan tadi akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebahagiannya akan disimpan menjadi asid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat biasanya dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ. Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan menggangu pH darah kita dan keadaan ini dinamakan acidosis.
Asidosis kemudiannya menggangu perjalanan sistem kelejar dan fungsi organ. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit.
Asidosis akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti arthritis, darah tinggi, sakit kulit, dan penuaan. Ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang beralkali iaitu dengan nisbah alkali – asid 4:1 dan pengambilan air yang banyak.
Makanan Beralkali Baik untuk Badan
oleh Ezairy M. Sallih
Rate This
MENGIKUT pengamal perubatan alternatif, untuk sihat kita perlu mengambil makanan dalam pecahan 80 peratus makanan beralkali dan 20 peratus makanan berasid untuk mengekalkan kesihatan serta meningkatkan daya ketahanan badan.
Namun yang berlaku kini adalah sebaliknya, iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.
Selain makanan, ramai menyarankan kita minum air beralkali yang dikatakan antara cara mudah dan pantas untuk mengekalkan paras kealkalian badan. Darah manusia mempunyai pH sedikit beralkali iaitu antara 7.35 hingga 7.45 dan ini sebabnya kita digalak melebihkan pengambilan makanan atau minuman beralkali supaya fungsi darah tidak terjejas.
Menurut perunding pemakanan, Lim Ju Dee, gaya hidup moden yang mewah dengan pelbagai makanan beralkali, kurang bersenam dan banyak mengalami tekanan menyumbang kepada masalah asidosis iaitu badan menjadi berasid.
Makanan berasaskan haiwan dan minuman seperti kopi, teh (kecuali teh hijau), kola dan berkarbonat boleh menghasilkan lebih banyak asid dalam badan.
Asidosis ialah keadaan di mana pH badan menjadi berasid yang boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
“Bahagian berasid dalam badan kita ialah di perut. Perut menghasilkan asid hidroklorik yang mempunyai pH 3 untuk mencernakan makanan. Makanan yang dicerna kemudian dipindahkan ke usus kecil yang bersifat alkali. Ini sebabnya kita perlu mengambil lebih banyak makanan beralkali kerana makanan berasid boleh menjejaskan pencernaan,” katanya ketika pelancaran alat untuk memberi ion alkali pada air, iOsis MedKlinn.
“Ia juga baik untuk wanita hamil kerana ketika mengandung, badan ibu kehilangan mineral alkali untuk disalurkan ke dalam uri bagi memastikan air ketuban sentiasa dalam keadaan beralkali kerana janin menghasilkan najis yang menyebabkan air ketuban berasid.
“Keadaan ini berterusan selama sembilan bulan dan jika tiada langkah diambil, iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat, kesihatan ibu terjejas. Tahap keasidan tinggi dalam badan ibu menyebabkan mereka muntah atau mengalami mabuk hamil,” katanya.
Selain air, ada cara lain boleh diamalkan untuk menjaga tahap kealkalian badan iaitu mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan segar serta mengurangkan makanan berlemak dan berkalori tinggi, terutama yang bergoreng. Jumlah disarankan ialah lima hidangan sayur dan buah sehari dengan memberi tumpuan terhadap sayur-sayuran berdaun hijau.
Ini kerana sayur-sayuran hijau mengandungi enzim, mineral, antioksidan dan bersifat alkali. Enzim dalam tumbuh-tumbuhan penting untuk mencegah kanser dengan merangsang dan membantu sel darah putih memusnahkan sel tidak normal ini.
Secara umumnya individu mengambil banyak makanan bersifat asid lebih mudah jatuh sakit berbanding individu melebihkan makanan beralkali kerana makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah pembekal tunggal semula jadi vitamin dan mineral diperlukan badan.
Pada masa sama kurangkan pengambilan minuman seperti kola, soda, minuman berkarbonat dan sukan, teh, kopi dan alkohol yang semuanya bersifat berasid. Segelas kola yang mempunyai pH 2.5 memerlukan 32 gelas air untuk menjadikannya neutral.
Lepas membaca di berita harian , klik sini, baru tahu mungkin ada kebenarannya hal ini. Makanan beralkali boleh mempengaruhi sistem imun kita dan boleh InsyaAllah mengurangkan risiko terkena jangkitan H1N1. Kenyataan Dr. VM Palaniappan Universiti Malaya tentang terapi makanan beralkali sedikit sebanyak membuka minda tentang apa yang telah kita konsumsi selama ini mungkin salah!
Terapi makanan beralkali ini sudah popular sejak beberapa tahun yang lepas di eropah dan negara-negara maju dan terbukti memberikan kesan yang sangat positif. Sila rujuk kenyataan Dr. Robert O. Young, seorang saintis yang meneroka keajaiban tubuh terhadap kadar pH :
'Your health depends on an alkaline environment, created by eating foods such as tomatoes, avocados and green vegetables...striking the optimum 80/20 balance and regulating your body's acid/alkaline chemistry through simple changes in diet can result in weight loss, increased stamina and strength,a stronger immune system and a greater sense of wellbeing.'
Dengan kata lain, badan yang seimbang memerlukan 80% alkali dan 20% asid untuk kekal sihat. Tetapi kebanyakkan kita terbalik, mengambil terlalu banyak makanan yang membantu pembentukan berasid (Acid forming food) seperti gula, lemak tepu, nasi, gandum ais krim, cendol, daging, kopi, ubatan kimia, jeruk dan roti putih.
Bukan tak boleh makan nasi, cuma kuncinya adalah keseimbangan. Kalau makan nasi banyak bererti badan kita semakin berasid maka kita perlulah menyeimbangkan dengan makanan-makanan beralkali pula seperti sayuran segar, ulam (paling bagus yang pahit), buah-buahan tropika, spirulina dan barli. Bagus juga minum green tea atau misai kucing. Buah buahan seperti oren, limau nipis, anggur walaupun berasid tetapi mengandungi asid sitrik yang menggalakkan kesan pengalkalian pada tubuh maka bagus untuk dimakan.
Orang dulu-dulu tak tahu pun tentang pH alkali asid ni. Tetapi mereka mempunyai petua-petua yang ternyata berkesan untuk hidup sihat berdasarkan pengamatan mereka terhadap tindak balas tubuh. Contohnya banyak memakan ulam-ulaman dicicah dengan sambal, minum herba, kurang makan daging dan banyak lagi. Pernah dengar petua kalau sakit perut memulas, minum teh pekat yang kelat lagi pahit untuk menghilangkan sakit perut? Kelat tu tandanya beralkali, memulas perut tu tandanya banyak asid dalam perut.. Haha, orang dulu-dulu tak payah belajar tinggi-tinggi pun tahu.
Kesimpulannnya, badan kita memerlukan kesimbangan 80/20 ni untuk kekal berfungsi dengan baik. Bila berfungsi dengan baik insyaAllah bolehlah menendang keluar virus H1N1 jika dia gatai nak singgah. Ingat badan kita tak boleh nak menghasilkan alkali dengan efektif jadi kita kena 'top up' makanan beralkali tapi sangat bagus untuk menghasilkan asid maka kita kena 'push down' makanan berasid. Kuncinya tingkatkan semaksimum mungkin makanan beralkali!
Diet seimbang
Diet yang seimbang biasanya mengandungi 30-36% makanan pembentuk asid dan 60-65% alkali.
1. Tertinggi Alkali
Beans String
Banana speckled
Dandelion greens
Dates
Figs
Prune
Raisins
2. Tinggi Alkali
Almonds
Avocado
Banana
Bean Fresh
Blackberries
Carrot
Chives
Cranberries
Grapes Sour
Kale
Peach dried
Spinach
3. Beralkali
Agar
Apple & Fresh Apple Cider
Apricot fresh
Bamboo shoots
Bean snap
Beans sprouted
Berries most
Blueberries
Cabbage
Cherries
Chestnuts
Coconut Milk
Corn fresh & sweet
Cucumbers
Garlic (bawang putih)
Ginger root
Grapefruit
Guava
Lemon & Peel
Mango
Melons
Susu mentah
1. Sangat Berasid
Alcohol
Barli
Bread
Caffeine
Kopi
Corn
Custards
Drugs
Ginger (preserved)
Honey
Oatmeal
Peanuts
Semua jenis nasi
Soy Bread
Soy noodles
Spaghetti
Sugar Cane
Tembakau
2. Acid
Asparagus
Beans dried
Kelapa kering
Egg yolk
Fruit Jellies (Jams Canned)
Grapes Sweet
Produk susu yg telah dipasteurized
Milk Products
Dry Peas
Tofu fries
Water-chestnuts.
3. Asid-asid Lemak
Butter cream
Margarine
ACIDOSIS
Ia bukanlah penyakit yang spesifik. Ia adalah keadaan am darah dan merupakan punca kepada banyak penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kanser, tumor dan banyak lagi. Ramai orang tidak menyedari keadaan ini malah tidak tahu keadaan darah yang sebegini.
Semua makanan semulajadi mengandungi asid dan elemen pembentuk alkali. Dalam keadaan tertentu elemen pembentuk asid menguasai keadaan dan dalam lain keadaan pula elemen-elemen pembentuk alkali menguasai keadaan.
Secara biokimia, bahan organik dalam makanan tidak meninggalkan residue asid atau alkali dalam badan. Bahan-bahan tidak organik (sulfur, fosforus, potasium, natrium, magnesium and kalsium) adalah bahan yang menentukan keasidan atau kealkalian bendalir di dalam badan. Makanan yang kaya dengan elemen-elemen pembentuk asid adalah dipanggil makanan pembentuk asid dan begitu juga sebaliknya untuk alkali.
Keadaan berasid ini boleh melemahkan tindakan saraf manakala kealkalian meransang tindakan saraf. Seseorang yang mempunyai keadaan keasidan dan kealkalian yang seimbang dapat berfikir dan bertindak dengan baik.
Merancang pemakanan yang seimbang dapat membantu mengekalkan keseimbangan pH dalam makanan. Walau bagaimanapun ia tidak akan menghasilkan keputusan dalam 1 atau 2 hari. Ia mengambil masa yang agak panjang sebelum kesannya dapat dilihat. Mandi sejuk boleh membuatkan darah menjadi beralkali manakala mandi panas boleh menyebabkan darah bersifat asid.
Jika darah menyebabkan penghasilan keadaan-keadaan berasid yang terlalu banyak maka badan kita akan menempatkan lebihan-lebihan sebatian asid ini ke tempat-tempat lain dalam badan kita supaya darah kita dapat mengekalkan keadaan yang beralkali itu.
Sekiranya proses ini terus berlaku maka tempat-tempat tadi akan menyebabkan keasidan meningkat dan kematian sel-sel. Sel-sel yang mati ini pula akan bertukar menjadi asid.
Walau bagaimana pun sebahagian sel-sel ini dapat menyesuaikan diri dengan keadaan seperti yang dinyatakan di atas. Dalam lain kata, sel-sel ini tidak mati tetapi akan menjadi sel-sel yang 'abnormal'. Sel-sel ini dipanggil 'malignant cells'. Ini adalah kanser dan kanser ini akan berkembang dengan terus meningkatkan keasidan dalam badan. Ini juga akan meningkatkan bilangan sel-sel darah putih dan mengurangkan sel-sel darah merah. Inilah permulaannya leukemia.
Tip pemakanan
Dari web: http://cpintrass.com
Mudah cakap ialah LEBIHKAN MAKANAN HIJAU – BUAH BERSERAT DAN SAYURAN SEGAR
Seelok-eloknya, pengambilan makanan kita seharusnya mengandungi 75-80 peratus alkali dan 20-25 peratus asid.
Apabila anda mengurangkan pengambilan makanan berasid, anda mesti memakan lebih banyak makanan beralkali misalnya, buah buahan dan sayur-sayuran (terutamanya pelbagai jenis makanan tidak berkanji).
Terdapat banyak sebab nutrisi yang mengutamakan makanan jenis tersebut dalam diet anda; buah-buahan dan sayur-sayuran ialah sumber yang mengandungi paling banyak vitamin, zat galian, fitonutrien, enzim, antioksidan, serat dan air.
Akan tetapi sebab yang paling penting dalam mengambil makanan tersebut adalah untuk membantu pembentukan badan kepada yang lebih beralkali dan kurang berasid.
Carta berikut menyenaraikan makanan beralkali dan makanan berasid.
Makanan beralkali – atau Makanan ‘hijau’
1. Sayur-sayuran: Bawang putih – Asparagus – Bit- Brokoli – Kubis – Lobak Merah – Kubis Bunga – Saderi – Klorela – Timun – Terung – Kubis Daun – Pokok salad – Cendawan – Dulce – Dandelion – Bawang – Parsnip – Kacang – Lada putih – Labu – Spirulina – Pucuk Tumbuhan – Skuasy (Labu Besar) – Alfalfa – Rumput – Barli – Rumput Gandum – Sayuran hijau
2. Buah-buahan: Epal – Avokado – Pisang – Kantalup – Ceri – Kismis – Kurma/Buah tin – Anggur – Limau gedang – Limau nipis – Tembikai susu – Tembikai – Oren – Lemon – Per – Nanas – Beri – Limau tangerin – Tomato – Buah tropika – Tembikai/Semangka
3. Protein: Telur – Protein dadih susu – Keju kotej – Dada ayam – Yogurt – Badam – Buah Berangan – Tauhu (yang ditapaikan) – Biji Flaks – Biji Labu – Biji Skuasy (Labu Besar) – Bunga Matahari – Biji-bijian – Sekoi – Biji Pucuk Tumbuhan – Kekacang
4. Lain-lain: Cuka Cider Epal – Debunga lebah – Butir Lesitin – Kultur Probiotik – Jus Sayuran Hijau – Jus Sayur-sayuran – Susu Organik – Air Mineral – Teh Hijau – Teh Herba – Teh Dandelion – Teh Ginseng – Kombucha
5. Pemanis: Stevia
6. Rempah/perasa: Kayu Manis – Kunyit – Halia – Pokok mustard – Lada cili – Garam laut – Semua jenis herba
7. Sayur-sayuran dari timur: Maitake – Shitake – Reishi
Makanan berasid
1. Lemak dan minyak: Minyak Avokado – Minyak kanola – Minyak Jagung – Minyak Biji Hemp – Minyak Flaks – Minyak Zaitun – Minyak Kesumba – Minyak Bijan – Minyak Bunga Matahari
2. Buah-buahan: Kranberi
Biji-bijian: Kek Beras – Kek Gandum – Barli – Gandum Hitam – Jagung – Oat (digulungkan) – Beras (semua jenis) – Rai – Gandum – Biji Hemp – Tepung
3. Tenusu: Keju, Lembu – Keju, Kambing – Keju, Diproses – Keju, Biri-biri – Susu – Mentega
4. Kekacang dan mentega: Gajus – Kacang Brazil – Kacang Tanah – Mentega kacang – Walnut
5. Protein haiwan: Daging Lembu – Ikan kap – Remis – Ikan – Kambing – Udang karang – Kupang – Tiram – Arnab – Ikan Salmon – Udang – Kekapis – Ikan Tuna – Ayam Belanda – Daging Rusa
6. Kekacang dan legum: Kacang Hitam – Kacang Kuda – Kacang Hijau – Kacang Ginjal – Kacang Dal – Kacang Lima – Kacang Pinto – Kacang Merah – Kacang Putih – Susu Beras – Susu Badam
7. Pasta (putih): Mi – Makaroni – Spageti
Aloe vera
Aloe vera adalah antara jenis herba semulajadi yang paling banyak mempunyai khasiat penyembuhan kepada manusia. Pengamal nutrien, Mike Adams dalam kajiannya berpendapat Aloe Vera adalah herba yang terbaik dalam beribu-ribu herba yang ditemuinya, manakala Garlic (bawang putih) menduduki tempat kedua. Memang tiada tumbuhan lain yang boleh memberi sebegitu banyak faedah perubatan seperti Aloe Vera. Faedah yang boleh diperolehi daripada Aloe Vera: 1. Menghentikan pertumbuhan tumor 2. Merendahkan kadar kolesterol 3. Memperbaiki sel darah 4. Menambah oksigen di dalam darah 5. Menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh 6. Memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan 7. Menyembuhkan penyakit ulser dan sistem penghadaman 8. Mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simptom 9. Menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan 10. Mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar 11. Merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut 12. Menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai pembalut luka kerana ia bersifat anti-bakteria 13. Menghentikan kanser kolon 14. Sebagai pelincir salur perkumuhan 15. Menghilangkan buasir 16. Meneutralkan gula di dalam darah 17. Memelihara buah pinggang dari penyakit 18. Menghalang jangkitan 19. Memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga 20. Memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak 21. Menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi) Tiada tumbuhan yang dapat menandingi potensi pengubatan yang terdapat di dalam Aloe Vera. Tetapi kebanyakan orang masih tidak menyedarinya atau berfikir ia hanya sekadar untuk memelihara kulit dari kesan sunburn. Lebih menyedihkan, ia hanya dijadikan pokok hiasan di halaman rumah atau taman. Pada hal, Aloe Vera sangat berfaedah untuk kegunaan luaran mahupun dalaman. Pembentukan Jeli Aloe Vera Pokok Aloe Vera memang dijadikan Tuhan untuk memerangkap air dan menyimpannya di dalam "tangki" yang besar pada daunnya yang keras dengan kulit yang tebal. Air yang terkumpul diubah kepada bentuk jeli. Jeli inilah yang memberikan khasiat pengubatan untuk kegunaan manusia. Apabila daunnya dikerat, dalam masa beberapa jam, jeli ini akan bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan sendirinya. Maka bahagian jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari serangan bakteria.Begitulah ia bertindak untuk memelihara kulit manusia apabila terluka. Sehingga kini, hanya satu cara yang terbaik untuk mendapatkan faedah dari jeli Aloe Vera ini iaitu menanamnya sendiri. Anda akan mendapat faedah yang optimum dari herba semulajadi ini. Ia mempunyai gred yang lebih tinggi, bebas dari racun serangga dan penuh kepekatan. Cecair Aloe Vera yang terdapat di pasaran (biasanya dibotolkan) adalah sangat lemah. Sebahagian dicampur dengan pemekat supaya ia kelihatan seperti jeli. Sesetengahnya pula langsung tidak mengandungi jus Aloe Vera sedikit pun. Malah ia dijual dengan harga yang sangat mahal. Sesetengah lagi dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga memusnahkan nutrien-nutrien berfaedah di dalamnya. | ||
Faedah Kesihatan Dari Jeli Lidah Buaya Humbankan Peti Pertolongan Cemas Di Dapur Anda (First Aid Kit), Gantikan Dengan Aloe Vera. Aloe Vera adalah anti-bakteria, anti-viral dan anti-kulat. Ia boleh menyembuhkan kesan luka pada kulit tanpa meninggalkan parut. Ia jelas terbukti apabila anda mengalami luka di tangan selepas terjatuh,hanya usapkan bahagian yang luka dengan jeli Aloe Vera, dan hasilnya 3 bulan kemudian tiada lagi parut pada luka tersebut. Bahagian yang luka itu akan tertutup kembali mengikut warna kulit badan kita, jika kulit anda cerah atau gelap, ia akan menuruti warna kulit anda. Pasti sukar untuk mengesan di manakah zon luka anda dahulu. Berbagai produk kosmetik berasaskan kimia dan ubat-ubatan untuk kulit yang diusahakan oleh industri-industri bernilai berbilion dolar dengan pelbagai jenama yang popular sebenarnya tidak diperlukan jika anda sudah mengenali peranan pohon lidah buaya ini. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan pengawet makanan semulajadi. Ia memelihara kesegaran makanan. Anda tidak perlukan pengawet dari kimia merbahaya yang boleh mendatangkan kanser. Tetapi mengapa masih ramai tidak yakin atau kurang menggunakan Aloe Vera? Sebabnya mudah. Ia tidak berjenama dan tidak dapat dipatenkan. Ia boleh didapati dengan mudah dan murah apabila kita sendiri menanamnya. Pengusaha-pengusaha besar tentu tidak dapat menggunakan 100% bahan asli dari Aloe Vera sebaliknya mencampurkan dengan formula-formula kimia mereka sendiri dan mendakwa kononnya produk Aloe Vera mereka lebih hebat dan lebih berkuasa dari Aloe Vera jenama lain. Anda tidak perlu lagi mendapatkan produk Aloe Vera yang dibotolkan yang dijual dengan harga berpuluh-puluh ringgit sebotol kerana anda boleh dapatkan yang lebih asli dan pekat dengan menanamnya sendiri di belakang rumah anda. Aloe vera yang dijual begitu mahal sebenarnya adalah strategi pemasaran dan psikologi pengguna kerana pengguna hari ini sudah sinonim berfikiran, "barang yang mahal tentu nilainya lebih baik dan yang murah tentu tidak berkualiti atau tiruan". Sebenarnya Aloe Vera yang boleh ditanam sendiri dan khasiatnya lebih baik dari yang terdapat di pasaran. Tetapi memang sudah menjadi budaya, pengguna lebih suka membeli dari menanam sendiri. Kandungan di dalam pokok lidah buaya: 1. Air 2. 20 mineral 3. 12 vitamin 4. 18 asid amino 5. 200 phytonutrien 6. Enzim 7. Triterpen (phytonutrien yang mengurangkan gula dalam darah) 8. Glyconutrien & glycoprotein 9. Polisakaraid 10. Acemann, mannose-6-fosfat polimannan 11. Fenolik glikosid 12. Dihidrokomarin Terima kasih kepada thesecretmedicines.blogspot atas maklumat yang diberikan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)