Sunday, September 26, 2010

Aloe vera

Aloe vera adalah antara jenis herba semulajadi yang paling banyak mempunyai khasiat penyembuhan kepada manusia. Pengamal nutrien, Mike Adams dalam kajiannya berpendapat Aloe Vera adalah herba yang terbaik dalam beribu-ribu herba yang ditemuinya, manakala Garlic (bawang putih) menduduki tempat kedua. Memang tiada tumbuhan lain yang boleh memberi sebegitu banyak faedah perubatan seperti Aloe Vera.

Faedah yang boleh diperolehi daripada Aloe Vera:
1. Menghentikan pertumbuhan tumor
2. Merendahkan kadar kolesterol
3. Memperbaiki sel darah
4. Menambah oksigen di dalam darah
5. Menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
6. Memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
7. Menyembuhkan penyakit ulser dan sistem penghadaman
8. Mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simptom
9. Menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
10. Mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar
11. Merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut
12. Menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai pembalut luka kerana ia bersifat anti-bakteria
13. Menghentikan kanser kolon
14. Sebagai pelincir salur perkumuhan
15. Menghilangkan buasir
16. Meneutralkan gula di dalam darah
17. Memelihara buah pinggang dari penyakit
18. Menghalang jangkitan
19. Memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga
20. Memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak
21. Menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
Tiada tumbuhan yang dapat menandingi potensi pengubatan yang terdapat di dalam Aloe Vera. Tetapi kebanyakan orang masih tidak menyedarinya atau berfikir ia hanya sekadar untuk memelihara kulit dari kesan sunburn. Lebih menyedihkan, ia hanya dijadikan pokok hiasan di halaman rumah atau taman. Pada hal, Aloe Vera sangat berfaedah untuk kegunaan luaran mahupun dalaman.

Pembentukan Jeli Aloe Vera


Pokok Aloe Vera memang dijadikan Tuhan untuk memerangkap air dan menyimpannya di dalam "tangki" yang besar pada daunnya yang keras dengan kulit yang tebal. Air yang terkumpul diubah kepada bentuk jeli. Jeli inilah yang memberikan khasiat pengubatan untuk kegunaan manusia. Apabila daunnya dikerat, dalam masa beberapa jam, jeli ini akan bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan sendirinya. Maka bahagian jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari serangan bakteria.Begitulah ia bertindak untuk memelihara kulit manusia apabila terluka.

Sehingga kini, hanya satu cara yang terbaik untuk mendapatkan faedah dari jeli Aloe Vera ini iaitu menanamnya sendiri. Anda akan mendapat faedah yang optimum dari herba semulajadi ini. Ia mempunyai gred yang lebih tinggi, bebas dari racun serangga dan penuh kepekatan. Cecair Aloe Vera yang terdapat di pasaran (biasanya dibotolkan) adalah sangat lemah. Sebahagian dicampur dengan pemekat supaya ia kelihatan seperti jeli. Sesetengahnya pula langsung tidak mengandungi jus Aloe Vera sedikit pun. Malah ia dijual dengan harga yang sangat mahal. Sesetengah lagi dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga memusnahkan nutrien-nutrien berfaedah di dalamnya.
Faedah Kesihatan Dari Jeli Lidah Buaya
Humbankan Peti Pertolongan Cemas Di Dapur Anda (First Aid Kit), Gantikan Dengan Aloe Vera.

Aloe Vera adalah anti-bakteria, anti-viral dan anti-kulat. Ia boleh menyembuhkan kesan luka pada kulit tanpa meninggalkan parut. Ia jelas terbukti apabila anda mengalami luka di tangan selepas terjatuh,hanya usapkan bahagian yang luka dengan jeli Aloe Vera, dan hasilnya 3 bulan kemudian tiada lagi parut pada luka tersebut. 

Bahagian yang luka itu akan tertutup kembali mengikut warna kulit badan kita, jika kulit anda cerah atau gelap, ia akan menuruti warna kulit anda. Pasti sukar untuk mengesan di manakah zon luka anda dahulu. Berbagai produk kosmetik berasaskan kimia dan ubat-ubatan untuk kulit yang diusahakan oleh industri-industri bernilai berbilion dolar dengan pelbagai jenama yang popular sebenarnya tidak diperlukan jika anda sudah mengenali peranan pohon lidah buaya ini.

Ia juga boleh digunakan sebagai bahan pengawet makanan semulajadi. Ia memelihara kesegaran makanan. Anda tidak perlukan pengawet dari kimia merbahaya yang boleh mendatangkan kanser. Tetapi mengapa masih ramai tidak yakin atau kurang menggunakan Aloe Vera? Sebabnya mudah. Ia tidak berjenama dan tidak dapat dipatenkan. Ia boleh didapati dengan mudah dan murah apabila kita sendiri menanamnya.

Pengusaha-pengusaha besar tentu tidak dapat menggunakan 100% bahan asli dari Aloe Vera sebaliknya mencampurkan dengan formula-formula kimia mereka sendiri dan mendakwa kononnya produk Aloe Vera mereka lebih hebat dan lebih berkuasa dari Aloe Vera jenama lain.

Anda tidak perlu lagi mendapatkan produk Aloe Vera yang dibotolkan yang dijual dengan harga berpuluh-puluh ringgit sebotol kerana anda boleh dapatkan yang lebih asli dan pekat dengan menanamnya sendiri di belakang rumah anda. Aloe vera yang dijual begitu mahal sebenarnya adalah strategi pemasaran dan psikologi pengguna kerana pengguna hari ini sudah sinonim berfikiran, "barang yang mahal tentu nilainya lebih baik dan yang murah tentu tidak berkualiti atau tiruan".

Sebenarnya Aloe Vera yang boleh ditanam sendiri dan khasiatnya lebih baik dari yang terdapat di pasaran. Tetapi memang sudah menjadi budaya, pengguna lebih suka membeli dari menanam sendiri.

Kandungan di dalam pokok lidah buaya:
1. Air
2. 20 mineral
3. 12 vitamin
4. 18 asid amino
5. 200 phytonutrien
6. Enzim
7. Triterpen (phytonutrien yang mengurangkan gula dalam darah)
8. Glyconutrien & glycoprotein
9. Polisakaraid
10. Acemann, mannose-6-fosfat polimannan
11. Fenolik glikosid
12. Dihidrokomarin

Terima kasih kepada thesecretmedicines.blogspot atas maklumat yang diberikan.

No comments:

Post a Comment