Sunday, September 26, 2010
Diet seimbang
Diet yang seimbang biasanya mengandungi 30-36% makanan pembentuk asid dan 60-65% alkali.
1. Tertinggi Alkali
Beans String
Banana speckled
Dandelion greens
Dates
Figs
Prune
Raisins
2. Tinggi Alkali
Almonds
Avocado
Banana
Bean Fresh
Blackberries
Carrot
Chives
Cranberries
Grapes Sour
Kale
Peach dried
Spinach
3. Beralkali
Agar
Apple & Fresh Apple Cider
Apricot fresh
Bamboo shoots
Bean snap
Beans sprouted
Berries most
Blueberries
Cabbage
Cherries
Chestnuts
Coconut Milk
Corn fresh & sweet
Cucumbers
Garlic (bawang putih)
Ginger root
Grapefruit
Guava
Lemon & Peel
Mango
Melons
Susu mentah
1. Sangat Berasid
Alcohol
Barli
Bread
Caffeine
Kopi
Corn
Custards
Drugs
Ginger (preserved)
Honey
Oatmeal
Peanuts
Semua jenis nasi
Soy Bread
Soy noodles
Spaghetti
Sugar Cane
Tembakau
2. Acid
Asparagus
Beans dried
Kelapa kering
Egg yolk
Fruit Jellies (Jams Canned)
Grapes Sweet
Produk susu yg telah dipasteurized
Milk Products
Dry Peas
Tofu fries
Water-chestnuts.
3. Asid-asid Lemak
Butter cream
Margarine
ACIDOSIS
Ia bukanlah penyakit yang spesifik. Ia adalah keadaan am darah dan merupakan punca kepada banyak penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kanser, tumor dan banyak lagi. Ramai orang tidak menyedari keadaan ini malah tidak tahu keadaan darah yang sebegini.
Semua makanan semulajadi mengandungi asid dan elemen pembentuk alkali. Dalam keadaan tertentu elemen pembentuk asid menguasai keadaan dan dalam lain keadaan pula elemen-elemen pembentuk alkali menguasai keadaan.
Secara biokimia, bahan organik dalam makanan tidak meninggalkan residue asid atau alkali dalam badan. Bahan-bahan tidak organik (sulfur, fosforus, potasium, natrium, magnesium and kalsium) adalah bahan yang menentukan keasidan atau kealkalian bendalir di dalam badan. Makanan yang kaya dengan elemen-elemen pembentuk asid adalah dipanggil makanan pembentuk asid dan begitu juga sebaliknya untuk alkali.
Keadaan berasid ini boleh melemahkan tindakan saraf manakala kealkalian meransang tindakan saraf. Seseorang yang mempunyai keadaan keasidan dan kealkalian yang seimbang dapat berfikir dan bertindak dengan baik.
Merancang pemakanan yang seimbang dapat membantu mengekalkan keseimbangan pH dalam makanan. Walau bagaimanapun ia tidak akan menghasilkan keputusan dalam 1 atau 2 hari. Ia mengambil masa yang agak panjang sebelum kesannya dapat dilihat. Mandi sejuk boleh membuatkan darah menjadi beralkali manakala mandi panas boleh menyebabkan darah bersifat asid.
Jika darah menyebabkan penghasilan keadaan-keadaan berasid yang terlalu banyak maka badan kita akan menempatkan lebihan-lebihan sebatian asid ini ke tempat-tempat lain dalam badan kita supaya darah kita dapat mengekalkan keadaan yang beralkali itu.
Sekiranya proses ini terus berlaku maka tempat-tempat tadi akan menyebabkan keasidan meningkat dan kematian sel-sel. Sel-sel yang mati ini pula akan bertukar menjadi asid.
Walau bagaimana pun sebahagian sel-sel ini dapat menyesuaikan diri dengan keadaan seperti yang dinyatakan di atas. Dalam lain kata, sel-sel ini tidak mati tetapi akan menjadi sel-sel yang 'abnormal'. Sel-sel ini dipanggil 'malignant cells'. Ini adalah kanser dan kanser ini akan berkembang dengan terus meningkatkan keasidan dalam badan. Ini juga akan meningkatkan bilangan sel-sel darah putih dan mengurangkan sel-sel darah merah. Inilah permulaannya leukemia.
Tip pemakanan
Dari web: http://cpintrass.com
Mudah cakap ialah LEBIHKAN MAKANAN HIJAU – BUAH BERSERAT DAN SAYURAN SEGAR
Seelok-eloknya, pengambilan makanan kita seharusnya mengandungi 75-80 peratus alkali dan 20-25 peratus asid.
Apabila anda mengurangkan pengambilan makanan berasid, anda mesti memakan lebih banyak makanan beralkali misalnya, buah buahan dan sayur-sayuran (terutamanya pelbagai jenis makanan tidak berkanji).
Terdapat banyak sebab nutrisi yang mengutamakan makanan jenis tersebut dalam diet anda; buah-buahan dan sayur-sayuran ialah sumber yang mengandungi paling banyak vitamin, zat galian, fitonutrien, enzim, antioksidan, serat dan air.
Akan tetapi sebab yang paling penting dalam mengambil makanan tersebut adalah untuk membantu pembentukan badan kepada yang lebih beralkali dan kurang berasid.
Carta berikut menyenaraikan makanan beralkali dan makanan berasid.
Makanan beralkali – atau Makanan ‘hijau’
1. Sayur-sayuran: Bawang putih – Asparagus – Bit- Brokoli – Kubis – Lobak Merah – Kubis Bunga – Saderi – Klorela – Timun – Terung – Kubis Daun – Pokok salad – Cendawan – Dulce – Dandelion – Bawang – Parsnip – Kacang – Lada putih – Labu – Spirulina – Pucuk Tumbuhan – Skuasy (Labu Besar) – Alfalfa – Rumput – Barli – Rumput Gandum – Sayuran hijau
2. Buah-buahan: Epal – Avokado – Pisang – Kantalup – Ceri – Kismis – Kurma/Buah tin – Anggur – Limau gedang – Limau nipis – Tembikai susu – Tembikai – Oren – Lemon – Per – Nanas – Beri – Limau tangerin – Tomato – Buah tropika – Tembikai/Semangka
3. Protein: Telur – Protein dadih susu – Keju kotej – Dada ayam – Yogurt – Badam – Buah Berangan – Tauhu (yang ditapaikan) – Biji Flaks – Biji Labu – Biji Skuasy (Labu Besar) – Bunga Matahari – Biji-bijian – Sekoi – Biji Pucuk Tumbuhan – Kekacang
4. Lain-lain: Cuka Cider Epal – Debunga lebah – Butir Lesitin – Kultur Probiotik – Jus Sayuran Hijau – Jus Sayur-sayuran – Susu Organik – Air Mineral – Teh Hijau – Teh Herba – Teh Dandelion – Teh Ginseng – Kombucha
5. Pemanis: Stevia
6. Rempah/perasa: Kayu Manis – Kunyit – Halia – Pokok mustard – Lada cili – Garam laut – Semua jenis herba
7. Sayur-sayuran dari timur: Maitake – Shitake – Reishi
Makanan berasid
1. Lemak dan minyak: Minyak Avokado – Minyak kanola – Minyak Jagung – Minyak Biji Hemp – Minyak Flaks – Minyak Zaitun – Minyak Kesumba – Minyak Bijan – Minyak Bunga Matahari
2. Buah-buahan: Kranberi
Biji-bijian: Kek Beras – Kek Gandum – Barli – Gandum Hitam – Jagung – Oat (digulungkan) – Beras (semua jenis) – Rai – Gandum – Biji Hemp – Tepung
3. Tenusu: Keju, Lembu – Keju, Kambing – Keju, Diproses – Keju, Biri-biri – Susu – Mentega
4. Kekacang dan mentega: Gajus – Kacang Brazil – Kacang Tanah – Mentega kacang – Walnut
5. Protein haiwan: Daging Lembu – Ikan kap – Remis – Ikan – Kambing – Udang karang – Kupang – Tiram – Arnab – Ikan Salmon – Udang – Kekapis – Ikan Tuna – Ayam Belanda – Daging Rusa
6. Kekacang dan legum: Kacang Hitam – Kacang Kuda – Kacang Hijau – Kacang Ginjal – Kacang Dal – Kacang Lima – Kacang Pinto – Kacang Merah – Kacang Putih – Susu Beras – Susu Badam
7. Pasta (putih): Mi – Makaroni – Spageti
Aloe vera
Aloe vera adalah antara jenis herba semulajadi yang paling banyak mempunyai khasiat penyembuhan kepada manusia. Pengamal nutrien, Mike Adams dalam kajiannya berpendapat Aloe Vera adalah herba yang terbaik dalam beribu-ribu herba yang ditemuinya, manakala Garlic (bawang putih) menduduki tempat kedua. Memang tiada tumbuhan lain yang boleh memberi sebegitu banyak faedah perubatan seperti Aloe Vera. Faedah yang boleh diperolehi daripada Aloe Vera: 1. Menghentikan pertumbuhan tumor 2. Merendahkan kadar kolesterol 3. Memperbaiki sel darah 4. Menambah oksigen di dalam darah 5. Menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh 6. Memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan 7. Menyembuhkan penyakit ulser dan sistem penghadaman 8. Mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simptom 9. Menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan 10. Mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar 11. Merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut 12. Menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai pembalut luka kerana ia bersifat anti-bakteria 13. Menghentikan kanser kolon 14. Sebagai pelincir salur perkumuhan 15. Menghilangkan buasir 16. Meneutralkan gula di dalam darah 17. Memelihara buah pinggang dari penyakit 18. Menghalang jangkitan 19. Memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga 20. Memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak 21. Menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi) Tiada tumbuhan yang dapat menandingi potensi pengubatan yang terdapat di dalam Aloe Vera. Tetapi kebanyakan orang masih tidak menyedarinya atau berfikir ia hanya sekadar untuk memelihara kulit dari kesan sunburn. Lebih menyedihkan, ia hanya dijadikan pokok hiasan di halaman rumah atau taman. Pada hal, Aloe Vera sangat berfaedah untuk kegunaan luaran mahupun dalaman. Pembentukan Jeli Aloe Vera ![]() Pokok Aloe Vera memang dijadikan Tuhan untuk memerangkap air dan menyimpannya di dalam "tangki" yang besar pada daunnya yang keras dengan kulit yang tebal. Air yang terkumpul diubah kepada bentuk jeli. Jeli inilah yang memberikan khasiat pengubatan untuk kegunaan manusia. Apabila daunnya dikerat, dalam masa beberapa jam, jeli ini akan bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan sendirinya. Maka bahagian jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari serangan bakteria.Begitulah ia bertindak untuk memelihara kulit manusia apabila terluka. Sehingga kini, hanya satu cara yang terbaik untuk mendapatkan faedah dari jeli Aloe Vera ini iaitu menanamnya sendiri. Anda akan mendapat faedah yang optimum dari herba semulajadi ini. Ia mempunyai gred yang lebih tinggi, bebas dari racun serangga dan penuh kepekatan. Cecair Aloe Vera yang terdapat di pasaran (biasanya dibotolkan) adalah sangat lemah. Sebahagian dicampur dengan pemekat supaya ia kelihatan seperti jeli. Sesetengahnya pula langsung tidak mengandungi jus Aloe Vera sedikit pun. Malah ia dijual dengan harga yang sangat mahal. Sesetengah lagi dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga memusnahkan nutrien-nutrien berfaedah di dalamnya. | ||
Faedah Kesihatan Dari Jeli Lidah Buaya Humbankan Peti Pertolongan Cemas Di Dapur Anda (First Aid Kit), Gantikan Dengan Aloe Vera. Aloe Vera adalah anti-bakteria, anti-viral dan anti-kulat. Ia boleh menyembuhkan kesan luka pada kulit tanpa meninggalkan parut. Ia jelas terbukti apabila anda mengalami luka di tangan selepas terjatuh,hanya usapkan bahagian yang luka dengan jeli Aloe Vera, dan hasilnya 3 bulan kemudian tiada lagi parut pada luka tersebut. Bahagian yang luka itu akan tertutup kembali mengikut warna kulit badan kita, jika kulit anda cerah atau gelap, ia akan menuruti warna kulit anda. Pasti sukar untuk mengesan di manakah zon luka anda dahulu. Berbagai produk kosmetik berasaskan kimia dan ubat-ubatan untuk kulit yang diusahakan oleh industri-industri bernilai berbilion dolar dengan pelbagai jenama yang popular sebenarnya tidak diperlukan jika anda sudah mengenali peranan pohon lidah buaya ini. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan pengawet makanan semulajadi. Ia memelihara kesegaran makanan. Anda tidak perlukan pengawet dari kimia merbahaya yang boleh mendatangkan kanser. Tetapi mengapa masih ramai tidak yakin atau kurang menggunakan Aloe Vera? Sebabnya mudah. Ia tidak berjenama dan tidak dapat dipatenkan. Ia boleh didapati dengan mudah dan murah apabila kita sendiri menanamnya. Pengusaha-pengusaha besar tentu tidak dapat menggunakan 100% bahan asli dari Aloe Vera sebaliknya mencampurkan dengan formula-formula kimia mereka sendiri dan mendakwa kononnya produk Aloe Vera mereka lebih hebat dan lebih berkuasa dari Aloe Vera jenama lain. Anda tidak perlu lagi mendapatkan produk Aloe Vera yang dibotolkan yang dijual dengan harga berpuluh-puluh ringgit sebotol kerana anda boleh dapatkan yang lebih asli dan pekat dengan menanamnya sendiri di belakang rumah anda. Aloe vera yang dijual begitu mahal sebenarnya adalah strategi pemasaran dan psikologi pengguna kerana pengguna hari ini sudah sinonim berfikiran, "barang yang mahal tentu nilainya lebih baik dan yang murah tentu tidak berkualiti atau tiruan". Sebenarnya Aloe Vera yang boleh ditanam sendiri dan khasiatnya lebih baik dari yang terdapat di pasaran. Tetapi memang sudah menjadi budaya, pengguna lebih suka membeli dari menanam sendiri. Kandungan di dalam pokok lidah buaya: 1. Air 2. 20 mineral 3. 12 vitamin 4. 18 asid amino 5. 200 phytonutrien 6. Enzim 7. Triterpen (phytonutrien yang mengurangkan gula dalam darah) 8. Glyconutrien & glycoprotein 9. Polisakaraid 10. Acemann, mannose-6-fosfat polimannan 11. Fenolik glikosid 12. Dihidrokomarin Terima kasih kepada thesecretmedicines.blogspot atas maklumat yang diberikan. | ||
MEMILIH JANTINA ANAK
oleh: Dr Hamid Arshat
Dalam semua hal yang berkaitan dengan ciptaan manusia segala-galanya dalam kudrat Allah s.w.t. Jika Allah berkehendak untuk menjadikan makhluk, Dia berfirman: ‘Kunfayakun’ yang bererti ‘jadilah engkau’, maka jadilah makhluk tersebut.
Oleh yang demikian, walaupun manusia berusaha dengan gigih untuk mendapatkan zuriat tetapi jika dengan tiada kudrat Tuhan maka tidak akan terjadi kehamilan yang melahirkan zuriat itu.
Salah satu daripada beberapa perkara yang sangat diutamakan oleh manusia ialah mengenai pilihan jantina anak. Kelahiran anak lelaki masih lagi menjadi pilihan utama di kalangan kebanyakan kaum dan masyarakat di dunia ini khususnya di kalangan masyarkat Timur.
Pilihan anak lelaki sangat kuat di kalangan kaum Cina dan Korea, tetapi di kalangan orang Melayu pilihan jantina anak itu tidak begitu dihiraukan berbanding dengan kaum yang saya nyatakan tadi.
Keinginan untuk mendapat anak dari jantina yang berbeza boleh terjadi apabila sepasang kelamin berturut-turut mendapat anak lelaki sahaja misalnya setelah lima atau enam kali melahirkan anak.
Keinginan membara untuk mendapatkan anak perempuan menyebabkan mereka terus-menerus mencuba sehinggalah jantina anak yang diidam-idamkan itu berjaya diperolehinya.
Dari perubatan, pilihan jantina menjadi penting jika berlaku sesuatu penyakit yang berkait dengan jantina anak. Misalnya penyakit hemophilia iaitu sejenis penyakit yang ada kaitan dengan darah. Penghidapnya iaitu anak lelaki mengalami kesulitan dalam pembekuan darah menyebabkan darah tidak berhenti mengalir dari luka. Dalam hal demikian doktor menasihatkan pasangan kelamin ini cuba mendapatkan anak perempuan.
Seperti yang kita ketahui, percantuman benih lelaki dengan telur perempuan akan menghasilkan janin, warisan kita. Penentuan jantina ini adalah terletak pada pihak suami kerana benih lelaki yang biasanya berjuta-juta banyaknya itu mengandungi faktor yang boleh menghasilkan anak lelaki atau kromosom Y dan anak perempuan kromosom X, manakala telur perempuan hanya mengandungi faktor yang membawa jantina perempuan iaitu kromosom X sahaja.
Tegasnya penentuan jantina anak adalah terletak pada benih suami. Pada kebiasaannya antara beratus-ratus juta benih lelaki yang dikeluarkan selepas persetubuhan, bilangan benih yang membawa faktor jantina lelaki (Y) dan perempuan (X) adalah lebih kurang sama.
Adalah dipercayai benih yang membawa kromosom lelaki (Y) adalah lebih aktif dalam pergerakan dan seringkali ia dapat menuju ke sasarannya iaitu telur perempuan dengan lebih cepat.
Adalah dipercayai juga benih yang membawa kromosom lelaki (Y) mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding dengan benih yang membawa kromosom perempuan (X).
Benih yang membawa kromosom lelaki juga dikatakan tahan hidup dalam cecair yang lebih alkaline manakala benih yang membawa kromosom perempuan boleh hidup dalam cecair yang berasid.
Disamping itu, dengan adanya peralatan teknologi moden, benih yang membawa kromosom lelaki dan perempuan boleh dipisahkan dengan cara terbaru. Dengan pengetahuan mengenai ciri benih lelaki, manusia telah mencapai kejayaan walaupun tidak seratus peratus untuk merancang jantina anak yang belum dihamilkan itu.
Sejak zaman-berzaman manusia telah menggunakan bermacam-macam cara dan teknik untuk merancang jantina anak sebelum dihamilkan.
Salah satu cara menentukan jantina ini ialah melalui kiraan bulan. Cara ini diamalkan oleh orang Cina. Mereka berpendapat, jika kehamilan dihasilkan pada bulan tertentu, maka anak lelaki akan dilahirkan, manakala persenyawaan benih yang berlaku pada bulan yang lain menghasilkan anak perempuan.
Asas bagi penggunaan kalendar untuk menentukan jantina anak tidak begitu difahami dan tidak boleh diterima oleh ahli-ahli sains perubatan.
Sesetengah orang percaya jenis makanan boleh mempengaruhi jantina anak yang dilahirkan. Ada yang percaya jika seseorang lelaki makan banyak makanan laut seperti udang, ikan atau sotong, besar kemungkinan anak lelaki akan dihasilkan. Tidak terdapat bukti jelas dari segi sains perubatan yang dapat menyokong pendapat tersebut.
Selain daripada cara yang disebutkan, cara perubatan moden juga boleh digunakan untuk menentukan jantina sebelum dilahirkan. Cara termoden ialah melalui pemisahan benih lelaki Y daripada X.
Seperti yang dinyatakan, benih lelaki akan menentukan jantina anak dan ini bergantung kepada benih mana yang bercantum dengan telur perempuan. Jika ia bercantum dengan benih Y hasilnya anak lelaki – hasil percantuman XY. Jika percantuman itu dengan benih X hasilnya ialah anak perempuan (XX).
Air mani lelaki akan dikeluarkan tanpa persetubuhan ataupun diperolehi menerusi sarung kondom selepas persetubuhan. Kemudian air mani itu menjalani satu proses yang boleh memisahkan benih Y dengan benih X. Setelah dipisahkan, benih yang dipilih kemudian disuntikkan ke dalam rahim isteri pada waktu yang tertentu iaitu pada ketika ia mengeluarkan telur. Teknik pemisahan benih Y dengan X masih dalam peringkat penyelidikan lagi dan ia memerlukan teknologi yang tinggi.
Laporan dari negara Jepun, Israel dan Amerika yang mempunyai kemampuan teknologi menunjukkan pakar sains perubatan telah berjaya memisahkan benih X dengan benih Y menerusi satu teknik yang digelar chromatography, tetapi malangnya teknologi terbaru ini belum dapat dipraktikkan di negara kita.
Saya percaya di suatu masa kelak teknik ini akan dapat kita amalkan untuk merawat pasangan kelamin yang betul-betul mengkehendakinya. Terdapat banyak cara digunakan oleh ahli sains perubatan untuk memisahkan benih Y dengan X. Antara cara yang sering dilaporkan dalam suratkhabar ialah cara yang dipopularkan oleh Ericson. Tidak lama dahulu perkara ini telah menjadi satu isu di akhbar Singapura dan tempatan. Ini berlaku kerana terdapat beberapa orang doktor yang cuba membuat franchise bagi teknik ini.
Dalam ilmu dan amalan perubatan, seseorang doktor tidak boleh membuat franchise terhadap apa jua teknik yang digunakan. Jika ia mengetahui sesuatu cara rawatan perlulah disebarkan kepada semua, tidak ada had bagi doktor lain untuk menggunakannya. Akhirnya, doktor yang berkenaan di Singapura digantung lesen praktiknya.
Dalam cara pemisahan benih Y dan X yang dilaporkan oleh Ericson, pada asasnya ia menggunakan albumin untuk memisahkan benih X dengan Y. Proses pemisahan ini dilakukan dengan mudah dan satu tabung uji berasaskan pada pergerakan benih Y dengan lebih cepat.
Benih ini akan berkumpul pada satu lapisan yang tertentu. Apabila benih Y ini telah terkumpul, bahagian tersebut diambil dan seterusnya disuntikkan ke dalam rahim isteri iaitu ketika waktu suburnya.
Cara ini tidak boleh menjamin kejayaan seratus peratus. Ada yang mengatakan kadar kejayaan bagi jantina yang dikehendaki ialah dalam lingkungan 70 peratus sahaja.
Satu perkara yang penting dalam rawatan ini ialah tatacara suntikan atau insemination. Ini dilakukan selepas benih lelaki berjaya melalui proses pemisahan. Insemination atau persemanian adalah satu tatacara yang dengan mudahnya boleh dilakukan di klinik.
Ia tidak memerlukan peralatan yang rumit dan tidak juga memerlukan ubat bius. Apa yang diperlukan ialah alat untuk memeriksa kemaluan wanita dan satu alat penyuntik benih yang khas untuk menyuntikkan benih ke dalam rahim. Selepas menjalani tatacara persemanian ini, wanita itu perlu berehat setengah jam untuk memberi peluang benih masuk ke dalam rahimnya.
Untuk menentukan kejayaan persemanian, perkara yang amat penting ialah penentuan waktu subur yang tepat. Seperti apa yang saya telah terangkan lebih awal, pada waktu subur ini, wanita akan mengeluarkan telurnya. Biasanya telur wanita ini tidak hidup lama, hanya sekadar 24 jam hingga ke-48 jam sahaja.
Oleh itu penting bagi wanita tersebut dan doktor yang merawatnya mengetahui waktu yang tepat bagi pengeluaran telur tersebut supaya persemanian boleh dilakukan pada ketika itu.
Dalam bab yang lalu, saya telah bincangkan dengan panjang lebar masalah ini. Saya ingin jelaskan sekali lagi kerana mengenal waktu subur ini sangat penting untuk menjayakan sesuatu kehamilan. Ada banyak cara yang boleh digunakan oleh wanita untuk menentukan waktu suburnya. Pertama dia boleh menyukat suhu badan setiap pagi sejurus selepas bangun tetapi sebelum dia mandi atau memberus gigi.
Suhu badan ini kemudian dicatatkan pada satu carta khas. Jika dicatatkan berterusan selama sebulan iaitu sejurus keluar haid hingga ke haid yang berikutnya, ini akan menghasilkan satu bentuk cara yang boleh memberi petunjuk sama ada wanita itu mengeluarkan telur atau tidak. Ia juga akan memberi petunjuk bila wanita itu mengeluarkan telurnya. Pengeluaran telur ini dalam pusingan 28 hari, biasanya berlaku 13 atau 14 hari selepas mula hari pertama haid.
Cara kedua ialah dengan mengkaji lendir dari faraj. Untuk mendapatkan contoh lendir ini, seseorang wanita perlu memasukkan jarinya ke dalam kemaluan. Ini lebih baik dilakukan sejurus selepas berhadas kecil. Tentukan kuku tidak panjang dan masukkan jari ke dalam lubang faraj sehingga terasa pangkal rahim yang keras seperti hidung.
Dari situ dia akan mendapat sedikit lendir yang akan terlekat pada jarinya. Lendir pangkal rahim ini sering berubah bentuk dan rupanya mengikut pusingan haid. Sebelum waktu subur lendir ini adalah jernih tetapi tidak banyak dan tidak mudah dijalurkan (stretch). Pada waktu subur iaitu yang biasanya jatuh pada hari 13 atau 14 selepas hari pertama haid, lendir ini menjadi banyak, cair, jernih dan mudah dijalurkan.
Inilah waktunya seseorang wanita itu sangat subur. Setelah telur keluar satu atau dua hari kemudiannya lendir ini menjadi kesat dan tidak jernih lagi dan serba keputihan warnanya. Ini menunjukkan hari subur telah berlalu.
Untuk mengesan waktu subur dengan lebih tepat lagi beberapa ujian makmal boleh dilakukan. Ini berasaskan pada ujian lendir pangkal rahim ataupun dengan cara menyukat paras hormon tertentu yang perlu dilakukan berkali-kali apabila seseorang wanita mendekati waktu subur.
Cara lain ialah dengan membuat pemeriksaan ultrasound secara berulang kali. Dalam pemeriksaan ultrasound ini, seseorang doktor boleh mengesan bila benih itu keluar. Perlu ditekankan di sini tidak semua doktor boleh membuat ujian ini dan tidak semua alat ultrasound boleh membuat siasatan tersebut. Boleh dikatakan di Malaysia ini hanya satu atau dua tempat sahaja yang boleh berbuat demikian dan salah satunya ialah Klinik Kesuburan LPPKN sendiri.
Setakat ini teknik pemisahan benih Y dan X belum dapat dipraktikkan di Malaysia. Apa yang selalu dilakukan oleh doktor hanyalah memberi nasihat kepada pasangan kelamin tersebut mengenai waktu keluar telur ini atau waktu subur dan seterusnya menasihatkan mereka seperti berikut:
Jika pasangan ingin mendapatkan anak lelaki mereka dinasihatkan supaya mengadakan persetubuhan tepat pada waktu isterinya subur. Mereka tidak boleh melakukan persetubuhan beberapa hari sebelum waktu subur tetapi boleh meneruskannya selepas waktu subur itu.
Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH dalam kemaluan boleh diubah kepada alkaline sedikit, ada kemungkinan anak lelaki dihasilkan. Bagaimana caranya untuk mengubah pH dalam kemaluan? Setengah jam sebelum persetubuhan, sebaiknya dilakukan satu prosedur yang digelar douching atau membasuh bahagian dalam kemaluan dengan cecair yang khas.
Dalam hal ini, cecair yang sesuai ialah sodium bicarbonate 8.4 peratus. Douching ini memerlukan satu alat seperti tiub dimasukkan ke dalam kemaluan dan pancutkan air yang dinyatakan di dalamnya. Cara melakukan prosedur ini boleh diajarkan oleh jururawat di klinik.
Jika anak perempuan pula yang dikehendaki, adalah dipercayai waktu persetubuhan seeloknya dilakukan 24 jam sebelum pengeluaran telur. Tegasnya pasangan tersebut bolehlah melakukan persetubuhan pada hari ke-11 atau 12 bagi mereka yang mengeluarkan telur pada hari ke-13, iaitu 24 jam sebelum telur perempuan keluar. Persetubuhan terpaksa dihentikan 4 atau 5 hari kemudiannya.
Adalah dipercayai juga jika pH di dalam faraj boleh ditukarkan kepada sH, ada kemungkinan anak perempuan dilahirkan. Bagaimana hendak menukarkan pH ini? Beberapa cecair yang asid sedikit seperti Lactacyd boleh dilakukan secaradouching seperti yang dinyatakan. Douching ini juga perlu dilakukan setengah jam sebelum persetubuhan.
Dalam usaha memilih jantina yang dikehendaki perlu ditegaskan segala usaha dalam kudrat Allah s.w.t. Manusia merancang dan berusaha, Tuhanlah yang mengurniakan. Dalam rawatan perubatan seperti ini, seseorang doktor tidak boleh memberi jaminan kejayaannya. Mengikut kajian yang telah dilakukan, usaha pemilihan jantina ini hanya dalam lingkungan 70 peratus sahaja.
Seandainya pasangan itu tidak berjaya mendapat apa yang dikehendaki janganlah mereka mengeluh dan menyesal. Reaksi tersebut adalah satu tanda yang menunjukkan kita tidak bersyukur dengan rahmat yang diberikan oleh Tuhan.
Apa yang penting, kita bersyukur kerana bayi telah dilahirkan dengan selamat dan cukup sifatnya walaupun dia bukan jantina yang kita hajati. Setiap anak Islam sama ada lelaki atau perempuan perlu diingatkan tentang keislamannya ketika dilahirkan dengan menyeru azan atau kamat. Bagi mereka yang ingin mencuba saya ucapkan selamat berjaya.
Saturday, September 18, 2010
Adakah Parut Bedah Pecah Jika Hamil Lagi?
Dr Fauziah Mohd Hassan
PEMBEDAHAN untuk melahirkan anak yang dikandung dinamakan pembedahan caesarian section. Pembedahan yang lain seperti membuang sista dan membuang fibroid masing-masing mempunyai namanya yang tersendiri untuk memerihalkan prosedur yang dilakukan. Pembedahan membuang sista dikenali sebagai “cystectomy” dan pembuangan fibroid dikenali sebagai “myomectomy”.
Pembedahan sebegini boleh dilakukan melalui pembukaan yang sama di kulit iaitu secara melintang di bahagian bawah perut ataupun secara menegak di antara pusat hingga ke pubis.
Dr Fauziah Mohd Hassan
PEMBEDAHAN untuk melahirkan anak yang dikandung dinamakan pembedahan caesarian section. Pembedahan yang lain seperti membuang sista dan membuang fibroid masing-masing mempunyai namanya yang tersendiri untuk memerihalkan prosedur yang dilakukan. Pembedahan membuang sista dikenali sebagai “cystectomy” dan pembuangan fibroid dikenali sebagai “myomectomy”.
Pembedahan sebegini boleh dilakukan melalui pembukaan yang sama di kulit iaitu secara melintang di bahagian bawah perut ataupun secara menegak di antara pusat hingga ke pubis.
Parut yang terbentuk di kulit (luar) tidak mungkin pecah setelah sembuh walaupun sudah dibedah beberapa kali. Setiap kali pembedahan yang baru dilakukan parut yang telah terbentuk akan dibuang dan parut baru akan terbentuk. Perlu diketahui bahawa kulit boleh ditegangkan beberapa kali ganda tanpa ianya pecah terburai. Keadaan ini boleh diperhatikan apabila seseorang ibu hamil kembar ataupun hamil berganda melebihi dua atau apabila perut sudah terlalu gemuk hingga perut membuncit.
Keadaan ini amat berbeza bagi parut pada rahim (dalam abdomen) yang terbentuk setelah pembedahan caesarian dilakukan. Kekuatan parut yang terbentuk pada rahim bergantung kepada beberapa faktor.
Penyembuhan yang sempurna tanpa jangkitan kuman semasa proses penyembuhan. Tanda jangkitan berlaku pada parut rahim ialah pengeluaran darah nifas yang busuk, pendarahan nifas yang banyak, demam dan sakit perut. Parut yang dijangkiti kuman semasa proses penyembuhan akan menjadi lemah.
Keadaan ini amat berbeza bagi parut pada rahim (dalam abdomen) yang terbentuk setelah pembedahan caesarian dilakukan. Kekuatan parut yang terbentuk pada rahim bergantung kepada beberapa faktor.
Penyembuhan yang sempurna tanpa jangkitan kuman semasa proses penyembuhan. Tanda jangkitan berlaku pada parut rahim ialah pengeluaran darah nifas yang busuk, pendarahan nifas yang banyak, demam dan sakit perut. Parut yang dijangkiti kuman semasa proses penyembuhan akan menjadi lemah.
Parut yang dibuat di bahagian bawah rahim “lower segment caesarian section” adalah lebih kuat daripada parut yang dibuat menegak pada otot rahim “classical caesarian section”. Parut yang berbentuk T terbalik pada otot rahim adalah parut yang paling lemah.
Apabila doktor membincangkan tentang kekuatan parut dan kemungkinan berlakunya pecah pada parut pembedahan caesarian semasa kehamilan atau semasa proses bersalin, yang dirisaukan ialah parut pada otot rahim bukan parut pada kulit. Ramai pasangan keliru mengenai fakta parut ini. Oleh itu seseorang ibu yang telah menjalani pembedahan caesarian dan ingin mencuba melahirkan anak yang seterusnya secara normal perlu dipastikan bahawa parut pada otot rahimnya kuat (tidak ada faktor yang melemahkannya seperti yang dibincangkan di atas) dan saluran kelahirannya (tulang pelvis) cukup besar dan tidak sempit (cephalopelvic disproportion).
Apabila doktor membincangkan tentang kekuatan parut dan kemungkinan berlakunya pecah pada parut pembedahan caesarian semasa kehamilan atau semasa proses bersalin, yang dirisaukan ialah parut pada otot rahim bukan parut pada kulit. Ramai pasangan keliru mengenai fakta parut ini. Oleh itu seseorang ibu yang telah menjalani pembedahan caesarian dan ingin mencuba melahirkan anak yang seterusnya secara normal perlu dipastikan bahawa parut pada otot rahimnya kuat (tidak ada faktor yang melemahkannya seperti yang dibincangkan di atas) dan saluran kelahirannya (tulang pelvis) cukup besar dan tidak sempit (cephalopelvic disproportion).
Melahirkan anak melalui saluran tulang pelvis yang sempit dan pada masa sama mempunyai parut pada rahim akan meninggikan risiko parut di otot rahim itu pecah disebabkan saluran “tersumbat” dan rahim akan pecah pada tempat yang paling lemah ia itu pada parutnya.
Parut rahim yang pecah boleh menjejaskan nyawa ibu dan anak yang dikandung. Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. Lazimnya kadar parut yang pecah bagi “lower segment caesarian section” adalah antara 0.5% -2 %. Risiko parut pecah berlaku lebih tinggi jika terdapat faktor-faktor yang melemahkan kekuatan parut itu ataupun jika telah terdapat lebih daripada satu pembedahan caesarian.
Parut rahim yang pecah boleh menjejaskan nyawa ibu dan anak yang dikandung. Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. Lazimnya kadar parut yang pecah bagi “lower segment caesarian section” adalah antara 0.5% -2 %. Risiko parut pecah berlaku lebih tinggi jika terdapat faktor-faktor yang melemahkan kekuatan parut itu ataupun jika telah terdapat lebih daripada satu pembedahan caesarian.
Pembedahan lain seperti pembedahan untuk membuang sista, kandungan luar rahim (ectopic pregnancy) tidak diambil kira untuk menentukan kekuatan parut pada rahim. Pembedahan-pembedahan lain tidak membabitkan pembedahan dan pembentukan parut pada rahim melainkan jika pembedahan dibuat pada rahim seperti pembedahan untuk membuang fibroid semasa tidak hamil. Risiko untuk parut pada rahim pecah adalah lebih tinggi jika seseorang ibu mengalami kesakitan untuk bersalin (labour).
Perlu diingatkan juga bahawa lagi banyak pembedahan dilakukan akan membuatkan pembedahan seterusnya menjadi lebih susah disebabkan oleh pelekatan organ-organ seperti usus dan pundi-pundi kencing. Berulangnya pembedahan caesarian juga meninggikan risiko uri di bawah menutupi saluran kelahiran, plasenta praevia dan juga keadaan uri melekat pada otot rahim (placenta accreta).
Menggugurkan janin dengan melakukan prosedur “D&C” adalah tidak dibenarkan mengikut undang-undang di Malaysia. Prosedur ini juga boleh melukakan dinding rahim dan mempunyai komplikasinya yang tersendiri.
Menggugurkan janin dengan melakukan prosedur “D&C” adalah tidak dibenarkan mengikut undang-undang di Malaysia. Prosedur ini juga boleh melukakan dinding rahim dan mempunyai komplikasinya yang tersendiri.
petikan dari http://www.mesra.net/forum/index.php?act=ST&f=18&t=38917&st=15
Petua Untuk Mendapatkan Anak Lelaki
1. MELALUI PEMAKANAN
Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:
i. Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram
ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu
Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan mengikut pertua diatas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 – 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan serta-merta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus
2. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG
Waktu tidur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk graf. Daripada graf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:
i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur
ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.
Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.
Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.
3. TAHAP KEASIDAN
Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.
i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.
ii. Unutuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.
4. TAHAP KEPUASAN ISTERI
Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:
i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan merangsang pergerakan benih Y.
ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.
Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 – 80 peratus, mengikut Prof. Dr. Hamis Arshat, Pakat Sakit Puan.
* Keberkesanannya tidak diketahui
Subscribe to:
Posts (Atom)






